View: 935|Reply: 0
|
Aaron-Wooi Yik ke separuh akhir Terbuka Malaysia
[Copy link]
|
|
Reaksi pemain beregu negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik pada suku akhir badminton Terbuka Malaysia 2022 di Arena Axiata Bukit Jalil. NSTP/ASYRAF HAMZAH
KUALA LUMPUR: Beregu lelaki nombor satu negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik terus menyalakan impian bagi memburu gelaran pertama mereka selepas mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Terbuka Malaysia, sebentar tadi.
Kejayaan itu hadir selepas pasangan nombor enam dunia berkenaan menumbangkan juara dunia tiga kali dari Indonesia, Mohammad Ahsan-Hendra Setiawan 21-13, 20-22, 21-19 dalam aksi suku akhir yang berlangsung di Arena Axiata Bukit Jalil.
Pertembungan kedua-dua pasangan itu adalah ulangan aksi penentuan pingat gangsa Sukan Olimpik Tokyo 2020, Julai tahun lalu yang menyaksikan Aaron-Wooi Yik turut merakamkan kemenangan untuk membawa pulang gangsa.
Bagaimanapun, Aaron-Wooi Yik akan berdepan satu halangan mencabar apabila dijadual bertemu juara dunia dari Jepun, Takuro Hoki-Yugo Kobayashi bagi perebutan tiket ke pentas final, esok.
Kemaraan naib juara Seluruh England 2019 itu ke kelompok empat terbaik membuka peluang untuk menyaksikan pertembungan dua pasangan Malaysia di pentas final pada edisi kali ini selepas Nur Izzuddin Rumsani-Goh Sze Fei turut melangkah ke separuh akhir.
Terdahulu, Izzuddin-Sze Fei mara selepas membenam cabaran beregu China, Liu Yu Chen-Ou Xuan Yi 21-11, 22-20 dalam satu lagi aksi suku akhir.
Mereka akan berdepan pasangan Indonesia, Fajar Alfian-Muhamad Rian Ardianto yang mara selepas menundukkan satu lagi beregu lelaki negara, Teo Ee Yi-Ong Yew Sin 21-13, 21-9.
Sebagai rekod, kali terakhir beregu lelaki negara muncul juara Terbuka Malaysia adalah pada edisi 2014 menerusi gandingan Goh V Shem-Tan Wee Kiong yang menewaskan Angga Pratama-Rian Agung Saputro di pentas final.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ir-terbuka-malaysia |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|