CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 829|Reply: 0

Natasha-Li Jane raih gangsa Kejohanan Dunia

[Copy link]
Post time 12-7-2022 12:28 PM | Show all posts |Read mode

NATASHA, Li Jane atasi cabaran pasangan Colombia. FOTO Sin Li Jane

Kuala Lumpur: Natasha Mohamed Roslan-Sin Li Jane memastikan kem boling negara tidak pulang tangan kosong apabila meraih pingat gangsa acara beregu wanita Kejohanan Dunia 2022 di Alabama, Amerika Syarikat, awal pagi tadi

Menurut laman web Kejohanan Dunia, Natasha-Li Jane mengatasi cabaran sengit pasangan Colombia Juliana Franco-Clara Guerrero dengan kemenangan 235-204, 247-237 di Kompleks Konvensyen Birmingham Jefferson.

Dengan kemenangan itu, kedua-dua pemain terutama Li Jane berjaya melunaskan dendam terhadap Guerrero selepas tewas pada pusingan 16 terakhir perlawanan perseorangan wanita sebelum ini.

Natasha-Li Jane terlepas peluang merebut pingat emas selepas tewas kepada Denmark Mika Guldbaek-Mai Ginger Jensen 213-248, 215-225 pada pertembungan separuh akhir semalam.


Guldbaek-Ginger Jensen merangkul emas dengan menundukkan pasangan tuan rumah Julia Bond-Shannon O'keefe 199-184, 182-226, 226-177.

Natasha-Li Jane memulakan kempen mereka dengan menyingkirkan Taishaye Naranjo-Pamela Perez dari Puerto Rico 234-164, 203-178 pada pusingan 16 terakhir dan mengenepikan Denise Blankenzee-Samantha Greiner dari Belanda 259-144, 194-188 pada suku akhir.

Terdahulu, cabaran Malaysia dalam perseorangan lelaki terhenti di suku akhir apabila Muhammad Rafiq Ismail dan Timmy Tan masing-masing disingkirkan wakil Kanada manakala gandingan mereka dalam saingan beregu lelaki terkandas di pusingan 16 terakhir, tewas kepada tuan rumah.

Penampilan terbaik kem tenpin boling negara di Kejohanan Dunia adalah pada edisi Lahti 1997 di Finland, dengan Sharon Low-Daniel Lim merangkul emas acara beregu campuran manakala kali terakhir Malaysia memenangi pingat di Kaohsiung 2009 di Taiwan dengan dua gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... gsa-kejohanan-dunia
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:30 PM GMT+8 , Processed in 0.614806 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list