CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 929|Reply: 0

Maruah semakin tak diendah

[Copy link]
Post time 19-7-2022 11:38 AM | Show all posts |Read mode
Maruah semakin tak diendah


MARUAH atau kemuliaan diri bagi umat Islam ialah imannya.


Maruah merujuk kepada nilai kebaikan atau kemuliaan diri atau kehormatan diri (izzatunnafsi) yang ada pada seseorang. Tanpa maruah, seseorang atau sesuatu bangsa dianggap tidak ada harga diri, tidak ada kemuliaan dan tidak dihormati lagi.

Ada yang menganggap bergaul bebas antara lelaki dan perempuan itu menjatuhkan maruah, tapi ada pula yang mengatakan hal itu tidak menghilangkan maruah. Ada juga yang menganggap pergaulan bebas yang berlainan jantina itu adalah norma baharu yang wajib diikuti atau ditiru oleh anak muda.

Hal ini kerana ia dapat dilihat dengan bebasnya pergaulan anak muda tanpa menghiraukan hukum dan batas agama. Perkara ini bukan sahaja berlaku di tempat terbuka bahkan di tempat yang tertutup seperti institusi pengajian. Perkara seperti ini sudah tidak asing lagi bahkan dijadikan sebagai trend anak muda masa ini.

Maruah atau kemuliaan diri atau izzatunnafsi bagi umat Islam ialah imannya. Yang kedua adalah kelslamannya, yakni hukum yang lima yang tertegak dalam dirinya baik hukum wajib, sunat, makruh, haram atau mubah. Yang termasuk maruah itu ialah kehormatan anak isteri, harta dan negaranya. Ketiga ialah akhlak yang mulia yang menghiasi diri seperti jujur, ikhlas, sabar, kasih sayang, pemurah, berani, benar, tawaduk, berlapang dada, pemaaf dan lain-lain lagi.

Setiap Muslim perlu menjaga kehormatan diri antaranya dengan memakai pakaian digariskan syarak. Firman Allah bermaksud: "Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan jangan mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya…" (Surah an-Nur, ayat 31)

Selain itu, tingkah laku juga menjadi asbab merundumnya sahsiah generasi masa ini. Tingkah laku bermasalah seseorang individu sebagai tingkah laku yang mengganggu perjalanan kehidupan dirinya bahkan orang di sekelilingnya. Jika baik tingkah lakunya, maka yang baik akan dinilai dan jika buruk tingkahnya maka sebaliknya yang akan dinilai.

Sebagai contoh, pelajar yang melanjutkan pembelajaran ke peringkat lebih tinggi pada masa ini ada tingkah laku berbeza iaitu tidak menjaga tingkah laku terhadap pendidik mereka. Jika mereka pelajar atau individu yang mempunyai tingkah laku baik, maka mereka akan menjaga segala tingkah laku mereka agar tidak mengguris hati.

Kenapa dan mengapa perkara sebegini boleh berlaku? Ia kerana kurangnya kesedaran tentang pentingnya menjaga maruah diri dan tingkah laku mereka. Oleh hal yang demikian, semakin banyak berlakunya keadaan semasa yang merisaukan masyarakat, pendidik, individu dan pelbagai pihak yang terlibat.

Anak muda zaman ini lebih cenderung kepada pergaulan bebas dan mementingkan sosial berlainan jantina berbanding batas ikhtilat disyariatkan Islam. Secara tidak langsung, ia bukan sahaja mencemarkan maruah individu yang melakukannya bahkan mencemarkan maruah agama, keluarga, pendidik dan juga para sahabat seagama. Mereka hanya menganggap maruah dan tingkah laku yang buruk itu bukan lagi menjadi kepentingan bahkan hanya menjadi sekadar perhiasan atas nama sahaja.

Perkara seperti ini perlu dibendung dengan memantau segala tingkah lakunya supaya tidak terjerumus ke lembah kegelapan. Bahkan, ia bagi menjamin maruah dan martabat diri generasi masa kini dilihat lebih mahal dan bukan mudah untuk dirampas manusia yang tidak bertanggungjawab.

Rasulullah SAW berpesan kepada semua iaitu jika mereka beriman kepada Allah dan rasul-Nya maka hendaklah ia mengeluarkan tutur kata yang baik dan jika tiada sesuatu yang baik hendak diperkatakan maka hendaklah ia berdiam diri sahaja.

Pesanan ini menekankan tentang kepentingan manusia menjaga tutur katanya supaya tidak mengucapkan sesuatu yang buruk dan menyakiti hati orang lain, kerana tutur kata yang tidak baik akan membawa kepada krisis lain yang boleh menimbulkan permusuhan, kekacauan dan ada kalanya membawa kepada pertumpahan darah dan melibatkan nyawa manusia sendiri.

Maruah dan tingkah laku yang semakin dianggap enteng oleh generasi muda menyebabkan mereka tidak menghiraukannya. Perkara ini bukan perkara biasa, bahkan perlu diubah agar mematuhi hukum dan syariat Islam. Ia bagi menjamin kesejahteraan anak muda pada masa hadapan.

Seperti yang kita lihat pada era ini, masyarakat terutamanya anak muda tidak lagi memandang isu sosial itu sesuatu perkara yang perlu dititikberatkan lagi. Jika kita lihat daripada aspek sahsiah, ia perlu dibendung sejak dari rumah lagi. Ibu bapa perlu menjaga batas dan mendidik anak-anak mereka dengan melimpahkan ilmu agama yang secukupnya. Ia bukan sekadar mendidik, akan tetapi bertujuan melahirkn generasi yang berpendidikan dan berguna pada masa hadapan.

Sebagai masyarakat, pendidik mahupun individu perlu mengambil serius perkara yang disebut di atas. Bukan hanya melihat dan menutup mata tetapi bertindaklah seperti permata yang ingin memelihara kecantikan dan harganya.

Jadilah insan yang menjaga maruah diri dan tingkah laku dengan sebaiknya. Bertindaklah seperti insan yang melambangkan keindahan menjadi umat Islam sejati. Menjadi sebuah permata yang bersinar itu bukan sekadar untuk hari ini, bahkan untuk selamanya. Bagaikan kata pepatah, harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama.

Penulis Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM)

Sumber:https://www.hmetro.com.my/addin/ ... semakin-tak-diendah

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:55 PM GMT+8 , Processed in 0.179034 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list