View: 827|Reply: 0
|
Masalah Perempuan! Sebelum Keluar Rumah, Sandara Park Mesti Cuba 10 Helai Baju Dulu
[Copy link]
|
|
Mungkin mempunyai masalah serupa dengan kebanyakan wanita lain, penyanyi Sandara Park juga selalu berdepan kesukaran memilih baju terbaik untuk dipakai sebelum keluar rumah.
Perkara tersebut terdedah kepada umum ketika rancangan I Live Alone menampilkan episod kemunculan Sandara baru-baru ini.
Foto: NME
Dalam tayangan tersebut, Sandara atau Dara dilihat mencuba sehelai baju berwarna putih dan dipadankan dengan jeans hitam.
Selepas memadankan pakaian dipakainya dengan beberapa jenis topi, Dara masih belum berpuas hati dengan fesyen digayakannya.
Penyanyi bekas kumpulan 2NE1 itu mengakui dia sangat mementingkan penampilan sebelum keluar sama ada untuk bersiar-siar atau urusan kerja.
“Sekurang-kurangnya saya akan cuba sebanyak 10 jenis pakaian berbeza sebelum keluar rumah.
“Tetapi saya menyesal tak pilih baju yang sudah dipakai, jadi saya tangkap gambar dan muat naik dalam media sosial,” katanya.
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
| |
|