View: 902|Reply: 0
|
TSG intai podium lagi di Turkiye
[Copy link]
|
|
Tiga pelumba import TSG, Budyak, Eyob dan Sainbayar menguasai podium pada GP Gundogmus Mac lalu. Foto Instagram terengganupolygoncyclingteam
KUALA LUMPUR: Turkiye seolah-olah satu bumi bertuah buat pasukan berbasikal profesional negara yang kini menghuni ranking nombor satu Jelajah Asia, Terengganu Polygon Cycling Team (TSG).
Apa tidaknya, mereka melakar banyak kejayaan di negara itu sejak tahun lalu dengan sekurang-kurangnya meraih enam kejuaraan pada perlumbaan bertaraf Grand Prix selain beberapa lagi catatan podium.
Tidak hairan kali ini mereka kembali ke Turkiye, negara bersempadan antara Eropah dengan Asia Barat itu dengan sasaran untuk bertindak lebih baik dan tidak mengecewakan peminat di negara itu selain peminat mereka sendiri di tanah air.
Pengurus pasukan, Saiful Anuar Abdul Aziz berkata, mereka akan memulakan kempen di Turkiye dengan menyertai dua perlumbaan pada Sabtu (Grand Prix Bozok) dan Ahad ini (Grand Prix Yozgat).
"Minggu ini ada dua perlumbaan pada 23 dan 24 Julai. Bagi permulaan, perlumbaan di Kayseri ini kami hantar sebahagian pelumba sahaja dan kami ada empat siri perlumbaan yang disertai hingga 4 Ogos ini.
"Lapan pelumba sahaja terbabit pada awal siri perlumbaan ini dan selebihnya akan datang ke Kayseri pada pertengahan Ogos nanti. Bagi satu-satu perlumbaan, kami hanya boleh menyenaraikan enam pelumba," katanya ketika dihubungi.
Lima pelumba tempatan berlepas dari Sepang Isnin lalu diketuai juara Kriterium Petaling Jaya 2022, Wan Abdul Rahman Hamdan, Mohd Shahrul Mat Amin, Afiq Huznie Othman, Irwandie Lakasek dan Zuladri Amin Zulkurnain.
Saiful Anuar berkata, mereka menyasarkan sekurang-kurangnya dua penamat podium bagi empat perlumbaan pertama disertai kali ini.
Pada Mac lalu, pelumba import TSG dari Ukraine, Anatoliy Budyak mengungguli dua perlumbaan Grand Prix di Turki pada GP Mediterranean dan GP Gundogmus.
Lebih menarik, ketiga-tiga pelumba mereka meraih podium 1-2-3 pada GP Gundogmus apabila Metkel Eyob dari Eritrea menduduki tangga kedua manakala pelumba dari Mongolia, Jambaljamts Sainbayar di tangga ketiga.
Tahun lalu pula, mereka menguasai empat perlumbaan GP di Turki bermula dengan kejayaan Mohd Harrif Saleh pada GP Velo Manavgat (Februari), bekas pelumba import dari Colombia, Carlos Quintero yang menjuarai dua perlumbaan iaitu GP Velo Alanya (Februari) dan GP Gundogmus (Mac) serta Sainbayar pada GP Kahramanmaras (Julai).
https://www.bharian.com.my/sukan ... ium-lagi-di-turkiye |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
|