CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 848|Reply: 0

Atlet para mampu raih 16 emas

[Copy link]
Post time 23-7-2022 11:11 AM | Show all posts |Read mode

LIAN Ker bergambar bersama kontinjen Malaysia pada Majlis Penyerahan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Malaysia ke Sukan Para Asean ke-11 dan Sukan Perpaduan Islam hari ini. FOTO Bernama

Kuala Lumpur: Kontinjen negara yang bakal beraksi di Sukan Para Asean Solo 2022 bermula 30 Julai sehingga 6 Ogos ini diharap dapat meraih sekurang-kurangnya 16 pingat emas.

Meskipun tiada sebarang sasaran spesifik diberikan kepada atlet, Ketua Kontinjen, Kolonel (B) Md Nor Azam Ariffin berpendapat jumlah itu mampu dicapai.

"Walaupun sasaran secara spesifik tak disebut oleh MSN (Majlis Sukan Negara), tapi saya sebagai ketua kontinjen telah merangka dan melihat yang kita ada ruang untuk memperolehi sekurang-kurangnya 16 emas. Ini bersandarkan kepada pembabitan atlet senior yang sudah lama di dalam sukan masing-masing.


"Walaupun begitu, ia bergantung kepada dua perkara. Pertamanya (situasi) Sukan Para Asean ini hanya boleh diketahui apabila kita tiba di sana. Kadang-kadang ada acara yang digugurkan.

"Kedua, atlet kita sudah lima tahun tidak beraksi di Sukan Para Asean. Kali terakhir pada 2017 di Kuala Lumpur di mana kita menghantar hampir 300 atlet dan berjaya mendapat tempat kedua keseluruhan dengan 90 emas.

"Untuk kali ini, jumlah atlet negara lebih kecil dan untuk sasaran 16 emas, ia bergantung kepada dua faktor yang saya sebutkan tadi," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Jalur Gemilang kepada kontinjen negara ke temasya Sukan Para Asean Solo 2020 dan Sukan Perpaduan Islan Konya, Turki, hari ini yang disempurnakan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ti Lian Ker.

Seramai 116 orang akan menyertai kontinjen negara di Sukan Para Asean Solo yang terdiri daripada 73 atlet dan 43 pegawai serta jurulatih.

Pada penampilan di Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017, kontinjen negara meraih 90 emas, 85 perak dan 83 gangsa untuk berada di tangga kedua keseluruhan di belakang Indonesia, 126 emas, 75 perak dan 50 gangsa.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -mampu-raih-16-emas

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.333950 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list