CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1102|Reply: 3

Baim Wong Dikecam Eksploitasi Idea Kelas Bawahan

[Copy link]
Post time 27-7-2022 09:53 AM | Show all posts |Read mode


Tindakan personaliti popular Indonesia, Baim Wong memfailkan pendaftaran Minggu Fesyen Citayam kepada Pangkalan Data Harta Intelek (PDKI), Kementerian Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (Kemenkumham) negara mendapat kecaman hebat dari netizen.



Pendaftaran yang dikemukakan menerusi perniagaan hiburan PT Tiger Wong Entertainment milik Baim adalah bertujuan untuk menjadikan Fesyen Citayam sebagai satu platform fesyen sah di sisi undang-undang.



Baim yang juga seorang pelakon itu menegaskan niatnya adalah ikhlas untuk membantu menaikkan fesyen Citayam ke persada antarabangsa.





"Saya seorang yang punya visi untuk menjadikan Citayam Fashion Week sebagai platform fesyen sah dan bukan bermusim. Yang paling penting, boleh memajukan fesyen Indonesia di mata dunia.



"Orang-orang seperti kami memang harus membantu mereka. Bukan kerana kami nampak pulangan dari segi kewangan tetapi kerana fesyen itu kini viral.



"Kami cuma mahu membantu agar fesyen ini mampu pergi lebih jauh dan memanfaatkan banyak orang. Bonge dan rakan-rakannya (pencetus idea fesyen Citayam) akan tetap terlibat dalam setiap aktiviti Minggu Fesyen Citayam," katanya.



Bonge, pencetus idea Minggu Fesyen Citayam


Selain Baim, Minggu Fesyen Citayam turut didaftarkan oleh seorang lagi artis Indonesia iaitu Indigo Aditya Nugroho.



Netizen Indonesia berpendapat kedua-dua selebriti berkenaan tidak berhak untuk 'mencuri' idea pada sesuatu fenomena yang dimulakan oleh masyarakat selain dituduh tamak dan tak tahu malu kerana menumpang nama pada satu fenomena yang asalnya dicipta oleh kelas bawahan.



Minggu Fesyen Citayam


Untuk rekod, fesyen Citayam bermula ketika anak remaja yang berasal dari daerah Citayam, Bojjongede, Depok dan yang tinggal di sekitar Stesyen Dukuh berkumpul di sebuah terowong dengan menampilkan pelbagai fesyen untuk mengambil gambar.



Bermula dengan aktiviti santai, ia semakin meriah apabila semakin ramai yang menyertai mereka dan masing-masing mula menonjolkan gaya pemakaian yang lebih eksentrik.



Semakin mendapat perhatian, lima ikon kemudian wujud daripada aktiviti itu termasuklah Jeje Slebew dan Bonge. -CARI



Bonge dan Jeje Slebew























Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2022 10:00 AM | Show all posts
mmg ambik kesempatan la kiranya kan
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 10:15 AM | Show all posts
fesyen ke apa ke, tetap kepam dan berkerak.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2022 11:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Buat duit betul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.061647 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list