CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2061|Reply: 8

Bawa Watak Hantu Jerangkung, Pelakon Sukar 'Muatkan' Badan Dalam Almari

[Copy link]
Post time 10-8-2022 10:21 PM | Show all posts |Read mode
Bawa Watak Hantu Jerangkung, Pelakon Sukar 'Muatkan' Badan Dalam Almari (Siap)





Selepas enam hari ditayangkan, filem Jerangkung Dalam Almari berjaya meraih kutipan RM1.3 juta dan menjadi bualan di media sosial.



Memetik laporan mStar, ramai yang tertanya-tanya identiti disebalik watak jerangkung kerana fizikalnya yang tinggi berbanding saiz lelaki dewasa di Malaysia itu berjaya menghidupkan watak filem terbitan Akid Productions Sdn Bhd berkenaan.



Individu yang melakukan karakter hantu itu ialah Mohd Azli Hisham Abdul Ghafar, 28, yang diiktiraf sebagai manusia tertinggi oleh Malaysia Book Of Records (MBOR) kerana berketinggian 220 sentimeter.



Azli yang teruja apabila menerima tawaran berlakon hantu jerangkung dalam filem berkenaan menceritakan ia bermula selepas abangnya mencadangkan supaya dia menghadiri uji bakat.



Sosok fizikalnya sesuai dengan watak hantu jerangkung yang selalu dimomokkan dengan saiz yang lebih tinggi dan besar.





"Abang yang cadangkan supaya saya berjumpa kru produksi filem... sekitar Februari tahun lepas.



"Bermula daripada situ saya bertemu dengan individu berkenaan di suatu lokasi dan berbincang tentang watak serta lakonan yang perlu dilakukan. Masa itu saya pergi sendiri sahaja," katanya.



Melakonkan beberapa babak, Azli yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang lakonan mengakui ia perkara yang sukar kerana perlu menjiwai watak diberikan selain berhadapan kesukaran ketika perlu 'memuatkan dirinya dalam almari kecil.



"Almari tempat saya bersembunyi itu tersangatlah kecil dan rendah sehingga saya terpaksa membongkokkan badan. Mujur sekejap sahaja kena duduk dalam tu.



"Almari itu memang hanya muat-muat badan saya sahaja dan ketinggian lebih rendah dari paras ketika saya," katanya yang teruja kerana berpeluang berlakon disamping pelakon hebat seperti Datuk Adi Putra, Hasnul Rahmat dan Zaidi Omar.





Walaupun seronok dapat berlakon, namun pemuda yang menghidap sindrom marfan sejak usia 14 tahun itu berkata, filem Jerangkung Dalam Almari adalah lakonan pertama dan terakhir baginya atas faktor masalah kesihatan. - CARI




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 08:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Tingginya..tapi tak susah ke dia nak naik kereta ke mana2
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 09:14 AM | Show all posts
hmmm....tetiba meols 'curious'...adakah?  hihihihihihihi...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 09:41 AM | Show all posts
prince_marhaen replied at 11-8-2022 09:14 AM
hmmm....tetiba meols 'curious'...adakah?  hihihihihihihi...

i pun curios juga,

kalo ikut nisbah mau besar juga tu... i wonder siapa partner dia tu...
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 10:47 AM | Show all posts
sejenis penyakit....terlebih tinggi...

Sindrom Marfan (MFS) adalah gangguan genetik tisu penghubung.Tahap yang mana seseorang terjejas amat berbeza. Orang yang hidup dengan MFS selalunya mempunyai fizikal yang tinggi dan kurus, mempunyai lengan, kaki dan jejari yang lebih panjang dari biasa. Mereka juga biasanya mempunyai sendi fleksibel dan tulang belakang yang adakalanya bengkok(skoliosis). Komplikasi yang paling serius melibatkan masalah jantung dan salur darah utama iaitu aorta yang membengkak (aortic dilatation), dengan peningkatan risiko prolaps injap seperti injap mitral. Organ lain yang terjejas termasuk paru-paru dan mata.

kesian dia...mesti susah nak bergerak.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 03:29 PM | Show all posts
mak aii tingginya.. kalau ukur dgn iols, kemetot jadinya!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-8-2022 06:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedih baca kisah dia tadi raja azmi kata dia dah tak sihat kena duk atas kerusi roda je.
Sayang juga, kat hollywood pelakon yg selalu berlakon jd hantu tu pun ada masalah sindrom apatah yg membuatkan tubuh dia sesuai berlakon jd hantu.
Adik ni pun ikutkan boleh g jauh dan berlakon byk lg movie tp dia plak dah tak sihat skrg ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2022 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
seri_mawr replied at 11-8-2022 10:47 AM
sejenis penyakit....terlebih tinggi...

Sindrom Marfan (MFS) adalah gangguan genetik tisu penghubung ...

Yup dia sakit dan skrg ni keadaan dh makin teruk takleh jalan dan berdiri dah.Raja Azmi kata nk bg sumbangan kat dia sbb pilem ni pun katanya meraih keuntungan juga kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-8-2022 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru je tengok video dia jumpa Master Chris Leong buat chiro.. Kesian tengok..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 02:30 AM GMT+8 , Processed in 0.698186 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list