View: 3077|Reply: 3
|
[DUNIA]
Kumbang Laut Gergasi Yang Memakan Ikan Paus
[Copy link]
|
|
Kumbang Laut Gergasi Yang Memakan Ikan Paus
Menurut ramalan para saintis, jika di masa akan datang berlakukan bencana yang melenyapkan hidupan seperti kepupusan besar-besaran, hanya spesis serangga bernama lipas saja yang bertahan dan satu-satunya hidupan terakhir mendiami Bumi. Ini hanya ramalam saintis sajalah berdasarkan kajian terhadap ketahanan biologi setiap haiwan apabila menghadapi bencana yang begitu berbahaya.
Namun begitu, ramalan saintis ini mungkin tersilap kerana serangga bernama lipas ini telah menemui pesaingnya iaitu hidupan air bernama Isopod, atau nama lainnya ialah kumbang laut. Isopod adalah kumpulan hidupan air berupa kumbang yang berperisai dan biasanya bersaiz kecil seperti saiz kumbang. Haiwan ini sebenarnya ‘sekeluarga’ dengan haiwan akuatik seperti udang, ketam, dan udang galah di bawah kumpulan Crustacean. Kini, spesis isopod di seluruh dunia berjumlah 10,000 spesis yang diketahui.
Diet isopod ini berlainan mengikut spesis, dari pemakan bangkai, pemakan mikro-organisma, sehingga hidup sebagai parasit. Manakala habitat isopod terbahagi kepada tiga habitat: akuatik, air tawar, dan darat. Isopod akuatik dan air tawar biasanya menetap di dasar lautan atau sungai. Isopod darat pula hidup di kawasan yang lembab dan sejuk. Uniknya kumpulan isopod ini ialah ia akan menggulingkan badannya apabila diancam oleh musuh.
Ini ialah isopod gergasi Bathynomus giganteus yang hidup dari 200 atau 300 juta tahun dulu. (Sumber: Ancient Origins)
Spesis isopod yang saintis temui dan boeh menandingi lipas ialah spesis isopod gergasi iaitu Bathynomus giganteus. Saiz isopod Bathynomus giganteus ialah sebesar bola sepak dan habitatnya di dasar laut sedalam lebih 2,500 meter. Usia spesis isopod gergasi ini sangat panjang kerana ia telah lama hidup dari 200 atau 300 juta tahun dahulu, malah peristiwa kepupusan haiwan dinosaur pun isopod gergasi ini masih bertahan hidup.
Pertama kali isopod gergasi ini ditemui mpada tahun 1879 di dasar laut Teluk Mexico. Spesimen kedua isopod ini juga telah ditemui pada tahun 2017 berdekatan semenanjung Yucatan. Yang uniknya, terdapat dua spesis isopod gergasi di mana spesimen kedua ini mempunyai badan yang leper berbanding spesis Bathynomus giganteus yang bulat badannya. Malah, sesungut isopod gergasi dari semenanjung Yucatan ini lebih panjang dari spesis B. giganteus.
Di sinilah saintis menemui dua spesis baru isopod gergasi dan spesimen kedua isopod ini diberi nama: Bathynomus yucatanensis.Sehingga kini, terdapat 20 spesis kumbang laut yang berada dalam genus Bathynomus. Walau bagaimanapun, saintis masih kekurangan informasi tentang kehidupan isopod gergasi ini. Yang mereka tahu ialah isopod ini hidup begitu lama, terselatan dari peristiwa kepupusan, dan mampu hidup tanpa makan selama bertahun-tahun.
Selain lipas, isotop gergasi juga selamat dari peristiwa kepupusan dinosaur pada 65 juta tahun dulu. (Sumber: SciTechDaily)
Pada tahun 2019, sekumpulan pengkaji meneliti gaya pemakanan isopod gergasi dengan meletakkan bangkai buaya alligator di Teluk Mexico. Dalam beberapa hari, barulah sekumpulan isopod gergasi tiba berdekatan dengan bangkai tersebut. Biasanya, bangkai ikan paus adalah ‘lubuk’ bagi pemakan bangkai akuatik makan berjemaah, termasuklah isopod gergasi.
Isopod gergasi ini begitu rakus memakan bangkai kerana habitatnya sendiri yang tidak mempunyai sumber makanan yang diperlukan. Maka, haiwan ini perlu memakan banyak untuk meneruskan kehidupannya bertahun-tahun tanpa makan. Dengan ketahanan lapar ini, maka tidak hairanlah jika isopod gergasi ini mampu menandingi mana-mana hidupan darat dan akuatik juga dunia sekali lagi mengalami kepupusan besar-besaran.
RUJUKAN:
Cassella, Carly. 10 August 2022. New Giant Deep-Sea Isopod Discovered in The Gulf of Mexico. Science Alert.
Ruppert, Edward E.; Fox, Richard, S.; Barnes, Robert D. (2004). Invertebrate Zoology (7th ed.). Cengage Learning.
Sumber:https://www.thepatriots.asia/kum ... -memakan-ikan-paus/
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Seperti biasa info yang sangat menarik untuk dibaca, terima kasih TT |
|
|
|
|
|
|
|
pemangsa sapa pulak yang makan isopod ni? |
|
|
|
|
|
|
|
geli geleman gak nengok serangga ni. |
|
|
|
|
|
|
| |
|