View: 931|Reply: 0
|
[Persahabatan]
Satu kehilangan dan aku merinduinya
[Copy link]
|
|
Edited by damian_jagung at 10-2-2023 11:10 AM
Hai..mungkin ini adalah platform untuk aku bercerita, meluah dan mengharapkan pandangan dari rakan - rakan forumer mengenai masalah yang aku hadapi sekarang.
Aku mulakan dulu dengan menceritakan sedikit background aku. Aku seorang lelaki bujang. Bekerja di sebuah company OnG di Miri, Sarawak lebih kurang 15 tahun. Ceritanya bermula apabila ada seorang pekerja wanita baru masuk bekerja di company ni lebih kurang 3 tahun lepas (2020). Aku namakan dia sebagai Vivy. Umur dia masa tu dalam 30 tahun. Dan mempunyai teman lelaki yang muda dari dia dalam 7 tahun gitu. Rupa dia tak ada lah cantik sangat , berkulit cerah dan sedap mata memandang.
Masa dia mula - mula bekerja aku diminta oleh manager untuk guide dia dalam menguruskan beberapa hal ehwal berkaitan admin company. Vivy ni seorang yang sangat rajin dan semangat nak belajar benda baru. Apa saja kerja yang diberi memang dia akan siapkan on time. Itu yang aku kagum dengan dia.
Then hubungan aku dengan dia semakin rapat. Tapi aku tetap membataskan diri sebab memikirkan dia ada bf. Setakat bergurau senda tu perkara biasa je bagi kami tapi tak ada lah sampai sentuh2. Suasana di office agak harmoni dan meriah. Ada masa2 nya kami akan lepak berdua makan2 dan jalan2 sekitar bandar memandangkan Vivy bukan berasal dari Miri. Vivy ni macam tak kisah pula keluar dengan aku. Kadang2 dia yang ajak aku keluar. Aku ok saja memandangkan aku banyak masa terluang lepas kerja. Vivy tak pernah menceritakan hal peribadi mengenai hubungan dengan bf dia dan aku sendiri pun malas nak ambil tahu.
Sikap Vivy dengan aku masa tu sangat ok. Kalau kami berselisih dia akan mula2 tegur aku dulu. Dia akan panggil2 aku. Kalau dia bawa bekal biasanya dia akan pelawa aku makan sama2. Masa keluar makan kalau makanan tu dia tak dapat habiskan biasanya dia akan suruh aku habiskan. Vivy selalu minta tolong aku untuk bantu dia dalam kerja atau hal lain. Itulah Vivy yang aku rindui saat itu. Ya, aku sangat merindui suasana itu. Dan aku rasakan tak akan dapat kembali semula seperti dulu.
bersambung hehehe
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Cinta & Perhubungan
|