View: 1622|Reply: 3
|
Kafe vintage sumber ilhamku
[Copy link]
|
|
Pelanggan sedang menikmati hidangan di cafe milik Mohd Syukri Mohd Sidek, 46, atau lebih popular dengan panggilan Jo Sidek. FOTO NAZDY HARUN
Kuala Nerus: Minat mendalam terhadap barangan vintage mendorong seorang penulis skrip drama televisyen, Jo Sidek membuka sebuah kafe yang menonjolkan kelainan.
Pemilik nama asal, Mohd Syukri Mohd Sidek, 46, dari Kampung Pak Tijah, Tok Jembal, di sini, berkata dia membuka sebuah kedai makan berkonsepkan kafe vintage kerana amat meminati barangan lama sejak tiga tahun lalu.
"Saya menghias kafe ini bercirikan beberapa konsep antaranya sudut bas (menggunakan kerusi bas lama), meja permainan mahjong manakala satu sudut pula dihias seperti ruang tamu rumah era 70-an dan 80-an.
"Kafe ini saya bina ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama dan hiasannya diperoleh dengan membelinya di media sosial, hadiah daripada kawan-kawan dan barangan lama sedia ada di rumah saya," katanya.
Menurutnya, pada peringkat permulaan dia menjalankan perniagaan pada waktu petang hingga malam, namun beralih berniaga pada waktu pagi hingga tengah hari sejak setahun lalu.
Katanya, antara menu yang ditawarkan ialah nasi minyak, nasi lemak, nasi kunyit, nasi dagang, nasi kuning, kuih-muih dan minuman.
"Pada mulanya kafe ini dianggap rumah dan pejabat kerana konsep ruang makannya terletak di bahagian belakang.
"Namun, lama kelamaan orang ramai mula tahu yang binaan ini adalah sebuah kafe dan bukan seperti yang mereka sangka," katanya yang pernah berkhidmat bersama Lembaga Muzium Negeri Terengganu.
Menurutnya, walaupun sibuk menguruskan kafe, dia tetap meluangkan masa untuk menyiapkan skrip drama yang mana memerlukan ilham serta ketenangan bagi menghasilkan satu jalan cerita yang berkualiti.
Katanya, karyanya lebih menyentuh soal kehidupan, inspirasi dan kisah benar sebelum diterjemahkan melalui drama televisyen.
"Berkarya ini luas skopnya sama ada di kafe atau di lembaran kertas, ia adalah satu kerja seni dan amat memberi kepuasan pada diri sendiri.
"Dengan menjalankan perniagaan, waktu kerja mudah untuk dibahagikan kerana kafe hanya beroperasi pada sebelah pagi, manakala waktu petang dan malam pula boleh dihabiskan untuk mengerah idea untuk menyiapkan skrip," katanya.
Katanya, antara skrip yang dihasilkan ialah Lorong Kecil Ke Syurga, Budok Kuba, Kebaya Mek Wha dan Sekolah Sampah.
Disiarkan pada: Februari 15, 2023 @ 2:47pm
|
|
|
|
|
|
|
|
Management education is an important part of any business, as it can help equip students with the skills and knowledge needed to become successful in their chosen field. It can give students the insights and strategies to be more effective leaders and managers, enabling them to make better decisions and drive results. It also allows students to network with peers and industry professionals, opening up potential career opportunities. All in all, having a strong foundation in management educationManagement education can be a great asset to any student or business. |
|
|
|
|
|
|
|
Tyre printing is a fascinating process that involves imprinting designs, logos, or text onto the surface of a tyre. Not only does this add a unique aesthetic touch to the tyre, but it can also serve practical purposes such as providing information about the tyre's specifications. Overall, tyre printing is a great way to customize and differentiate your vehicle's tyres from others on the road. |
|
|
|
|
|
|
| |
|