View: 1289|Reply: 6
|
Bruce Willis Menghidap Demensia 'Frontotemporal'
[Copy link]
|
|
Keluarga bintang Hollywood terkenal Bruce Willis memaklumkan aktor itu akhirnya beroleh diagnosis yang jelas apabila disahkan menghidap demensia 'frontotemporal'.
AWANI melaporkan, pelakon berusia 67 tahun itu pada musim bunga tahun lalu, disahkan menghidap afasia yang menyebabkan kesukaran bercakap.
The Economic Times
Namun penyakit itu merebak dan bintang terkenal era 1980-an dan 90-an menerusi filem blockbuster seperti Die Hard, The Sixth Sense dan Armageddon itu diberi diagnosis yang lebih spesifik, umum kenyataan keluarga Willis menerusi laman sosial.
Kenyataan itu turut menyatakan bahawa demensia frontotemporal adalah yang paling biasa pada mereka yang berusia di bawah 60 tahun.
"Setakat ini tiada rawatan untuk penyakit itu, satu realiti yang kami harap boleh berubah pada tahun-tahun akan datang," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu ditandatangani ahli keluarga Willis termasuk isterinya, Emma Heming; bekas isteri, Demi Moore dan lima anak perempuannya.
Menurut laman web NHS UK, demensia frontotemporal adalah satu bentuk penyakit yang menyebabkan penghidap mengalami masalah tingkah laku dan pertuturan.
Gejala termasuk pergerakan perlahan atau kaku, kehilangan kawalan pundi kencing atau usus, dan kelemahan otot.
Sumber: AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
kesiannya.. lakonan best woo filem yg paling aku suka selain armageddon tu Red 1 & Red 2 |
|
|
|
|
|
|
|
siannya... can tons of money buy good health? idok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kena bnyk bersabar sesapa yg berada di sisi dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by delia3003 at 6-3-2023 09:02 PM
Sebab tu kot dia banyak berlakon balik walaupun skrip/plot ada yang ke laut dalam dan banyak berlakon straight-to-video/low budget films. Dalam setahun bersepah filem dia tapi bukan mainstream le, rating pun teruk sampai ada tercalon Razzie Awards. Tapi masa tu orang tak tau dia ada masalah kesihatan.
Kesian jugak bila baca hujung2 tu dia macam struggle jugak nak hafal/lontar dialog dan kadang2 macam confuse. |
|
|
|
|
|
|
| |
|