View: 230|Reply: 0
|
Djokovic nyaris dimalukan pemain remaja
[Copy link]
|
|
DJOKOVIC bangkit untuk menang di Banja Luka. FOTO AFP
Banja Luka, Bosnia Herzegovina: Novak Djokovic bangkit daripada ketinggalan satu set untuk menewaskan pemain remaja Perancis, Luca Van Assche 6-7 (4/7), 6-3, 6-2 dalam perlawanan pembukaannya di Banja Luka.
Pemain nombor satu dunia itu mensia-siakan tiga mata set pada pembukaan sebelum Van Assche kuasai tie-break namun Djokovic berjaya mematahkannya dua kali di set kedua untuk memaksa perlawanan ke set penentuan.
"Ia tidak mudah. Ini mungkin akan disenaraikan sebagai gelanggang paling perlahan dan keadaan paling perlahan yang pernah saya hadapi. Saya tidak menjangka ini akan menjadi begitu perlahan," kata Djokovic.
"Saya tidak dapat meletakkan bola melepasinya. Dia menguasai setiap bola selama satu setengah set sehingga saya mula mendapatkan beberapa rentak."
"Saya gembira dengan cara saya menamatkan perlawanan ini. Sudah tentu saya sentiasa boleh bermain lebih baik tetapi kemenangan adalah kemenangan."
Djokovic memuji lawannya sebagai "seorang pemain sedang meningkat naik dan boleh menjadi hebat."
"Dia (Van Assche) mempunyai masa depan cerah di hadapannya, terutamanya di atas permukaan seperti ini, dia sangat pantas dan tangkas," kata pemain berusia 35 tahun itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lukan-pemain-remaja |
|
|
|
|
|
|
| |
|