View: 229|Reply: 0
|
Karate sumbang dua emas pertama
[Copy link]
|
|
Phnom Penh: Skuad karate menyumbang dua pingat emas pertama untuk kontinjen negara pada Sukan Sea Kemboja.
Emas pertama disumbangkan atlet karate wanita negara, C Shamalarani menerusi acara kumite wanita bawah 50kg.
Dia mengetepikan Junna Tsukii dari Filipina di Dewan Pusat Konvensyen Chroy Changvar A, sebentar tadi.
Shamalarani pernah memenangi acara itu di Sukan Sea Hanoi tahun lalu.
PREM Kumar raih emas kedua. FOTO Mohamad Shahril Badri Saali
Tidak lama kemudian, atlet karate lelaki negara, S Prem Kumar menghadiahkan pingat emas kedua.
Dia mengatasi Chanpet Setthapong dari Thailand dalam acara Kumite lelaki bawah 55kg di Dewan A Pusat Konvensyen Chrroy Changvar.
Kejayaan itu menebus kekecewaan Prem yang terlepas pingat emas dalam acara bawah 60kg pada Sukan Sea Hanoi tahun lalu.
https://www.hmetro.com.my/utama/ ... mas-pertama-metrotv |
|
|
|
|
|
|
| |
|