CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2386|Reply: 0

Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!

[Copy link]
Post time 17-5-2023 08:48 AM | Show all posts |Read mode
Syahwat Dari Belakang? AWAS, Ini Risiko & Bahayanya, Jangan Dibuat Main!


Seks anal (dubur) atau biasa dipanggil liwat ini bermaksud persetubuhan dengan memasukkan zakar ke dalam lubang dubur/punggung.

Dalam islam, hukum liwat adalah haram dan berdosa besar kerana perbuatan ini lebih mendatangkan kemudaratan daripada kebaikan. Jadi, di bawah ini merupakan beberapa risiko jika melakukan seks anal.

RISIKO SEKS ANAL MEMANG BAHAYA, JANGAN SESEKALI CUBA


1. POSISI SEKS PALING BAHAYA

Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), liwat adalah jenis seks yang paling berisiko untuk dilakukan. Bahaya yang paling utama adalah peratusan untuk dijangkiti dan menyebarkan HIV sangat tinggi.

Hal ini demikian kerana dubur secara semula jadi tidak menghasilkan pelincir dan kulit di kawasan ini juga sangat nipis, maka sebarang koyakan pada dubur akan menjadi tempat sempurna untuk mendapat HIV, HPV, dan penyakit kelamin (STD) lain.

2. DUBUR BOLEH TERKOYAK

Walaupun koyakan dubur kadangkala dipandang enteng dan kebanyakan STD dapat dirawat, namun kesan koyak pada kawasan ini berpotensi menjadi ‘sarang’ pembiakan bakteria dan memudahkan bakteria memasuki saluran darah.

3. KANSER DUBUR

Disebabkan dubur mempunyai selaput yang nipis, ia lebih cenderung untuk terkoyak dan terdedah kepada STD. Salah satu STD yang dikaitkan dengan kanser mulut, serviks dan dubur adalah virus papilloma manusia (HPV)

Menurut Dr. Jill McDevitt, HPV biasanya menghilang sendiri tetapi dalam beberapa kes ia mengakibatkan kanser dubur.

4. NAJIS YANG TERPALING PUNCA JANGKITAN LAIN

Seperti yang kita sedia maklum, dubur menjadi saluran langsung ke usus. Pastinya, usus adalah ‘rumah’ bagi najis, kan?

Sudah jelas lagi nyata menunjukkan seks melalui dubur ini merupakan aktiviti seksual yang cukup berisiko dan boleh mengundang mudarat terhadap kesihatan.

Semoga bermanfaat dan jangan sesekali cuba posisi seks ini.



Sumber: Twitter Dr Ahmad Samhan
https://siraplimau.com/seks-anal/

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:22 PM GMT+8 , Processed in 0.046155 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list