View: 1897|Reply: 0
|
Shah Rukh Khan, ‘jaguh’ bab cedera
[Copy link]
|
|
SHAH RUKH KHAN sebenarnya sudah berbelas kali ditimpa kecelakaan sejak berdekad dalam dunia lakonan.
KEMALANGAN di lokasi sememangnya tidak asing buat aktor tersohor, Shah Rukh Khan (SRK) yang kali terakhir masuk ke dewan pembedahan ketika menjalani penggambaran di Los Angeles, Amerika Syarikat, awal bulan ini.
Biarpun masih belum mendedahkan judul filem produksi antarabangsa itu, kecederaan pada hidungnya memberi bayangan Raja Bollywood itu terbabit dalam sebuah naskhah aksi.
Difahamkan, ketika itu dia dikejarkan ke hospital selepas hidungnya cedera dan berdarah hingga memerlukan pembedahan.
Begitupun, insiden berkenaan bukan kecederaan pertama bintang berusia 57 tahun itu sepanjang lebih tiga dekad dalam arena lakonan.
SRK pernah cedera pada bahagian lutut yang memerlukannya melakukan pembedahan sewaktu membintangi filem Raees pada 2017.
Sebelum itu pada 2013, dia menjalani lapan kali pembedahan selepas terbabit dengan filem Chennai Express.
https://www.kosmo.com.my/2023/08 ... n-jaguh-bab-cedera/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|