View: 7967|Reply: 11
|
Lelaki Gila Seks, Rakam Wanita Buang Air Dalam Tandas Stesen Minyak
[Copy link]
|
|
Petaling Jaya: Seorang wanita berdepan detik cemas apabila dia dirakam oleh seorang lelaki ketika sedang membuang air kecil di sebuah tandas stesen minyak.
Menerusi perkongsian mangsa yang menggunakan akaun TikTok @zaujatiaiman semalam, dia memberitahu, kejadian itu berlaku pada Sabtu lalu di sebuah stesen minyak Jalan Kota Tinggi menghala ke Johor Bahru.
Tangkap layar kejadian yang dikongsikan.
“Selepas meletakkan kereta berhampiran dengan pam tayar dan meminta suami untuk tolong pam tayar, saya berjalan masuk ke dalam tandas tanpa menyedari yang saya sedang diekori.
“Semasa hampir selesai membuang air kecil, saya terdengar ada sesuatu yang terhempas. Kerana terkejut, saya terus bangun dan memakai semula seluar,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.
Bercerita lanjut, wanita itu berkata, dia sangat terkejut apabila mendapati terdapat tangan dari arah atas pintu tandas sambil memegang telefon bimbit seperti sedang merakam.
“Apabila pandang ke atas, saya terkejut melihat tangan beserta telefon bimbit sedang merakam saya. Lalu saya menjerit meminta tolong dan terus keluar dari tandas.
“Suami dan orang awam yang mendengar jeritan saya kemudian membantu dan beriaya menahan lelaki tersebut.
“Kerana panik, lelaki tersebut segera mengeluarkan telefon bimbit dan memadam rakaman yang diambil di dalam tandas tadi,” katanya.
Wanita itu turut memuat naik rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) stesen minyak tersebut yang memaparkan pergerakan lelaki terbabit masuk ke dalam tandas wanita sebelum kekecohan berlaku.
Tambah wanita itu lagi, dia berjaya menahan lelaki terbabit dan merampas telefon bimbit yang digunakan untuk pemeriksaan.
“Saya merampas telefon bimbit lelaki tersebut dan menyuruhnya membuka ruangan simpan ‘trash’ dan di situlah saya mendapati ada video rakaman saya di dalam tandas tadi,” jelasnya.
Ujar wanita tersebut, suaminya kemudian menelefon pihak polis dan lelaki berkenaan diberkas untuk siasatan lanjut dan dalam perkongsian akhirnya, dia sempat meninggalkan pesanan buat kaum wanita yang ingin menggunakan tandas awam.
“Pesanan saya buat semua wanita, pastikan tandas awam itu betul-betul selamat baru gunakan dan adalah lebih baik jika kita mengunci pintu utama atau jangan berseorangan demi keselamatan,” pesannya.
Sumber: Kosmo! Online |
|
|
|
|
|
|
|
Bodo la jantan2 ni. Orang tengah membuang pun sangap nak merakam. Lalu pulak tu tengok najis kecil najis besar eee…. |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapalah berita selalu depan2 tulis Petaling Jaya.. Bila baca isi lokasi dekat Johor la, perak lah |
|
|
|
|
|
|
|
tempat berita tu ditulis sis.. bukan tempat kejadian kekdahnya..
mmg ada org fetish mcm ni.. adrenaline junkies kunun
sebat je 15 kali org mcm ni.. biar terputus urat horny dia |
|
|
|
|
|
|
|
Korg jgn xtau. Korg kencing berak kt kedai mamak Pon ada je video korg kt website porn. |
|
|
|
|
|
|
|
fetish dia lain mcm. ape jadah seronok tgk org berry/wiwi weh? are u mental? |
|
|
|
|
|
|
|
Lama dah aku perasan benda ni, mmg style skarang ka apa?
Depan tu tulis tempat kejadian, bukannya tempat duduk penulis berita ketika menulis berita
|
|
|
|
|
|
|
|
Perempuan nak pegi mane semua kena berteman sekarang. Lelaki sekarang sangat menakutkan
|
|
|
|
|
|
|
|
lanacondor replied at 15-8-2023 07:50 AM
Korg jgn xtau. Korg kencing berak kt kedai mamak Pon ada je video korg kt website porn.
Sbb tu x pernah kincin vera kt tempat2 awam
Sanggup pegi toilet mall sbb tu je yg selamat sket
Dah la tandas2 kt tempat awam ni mostly horror |
|
|
|
|
|
|
|
Dpat ape dohhh…nak video sangat kat online ada,
Menyusahkan idup org lain dan sia2 kan kehidupan ko sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
Manusia macam ni elok lah ditarik balik nikmat pancaindera yang diberi tuhan |
|
|
|
|
|
|
| |
|