View: 2354|Reply: 5
|
Cerai Lepas 8 Tahun Turun Naik Mahkamah, Halle Berry Kena Bayar Nafkah Anak RM37,000 Sebulan
[Copy link]
|
|
Bintang terkenal Hollywood, Halle Berry akhirnya rasmi bercerai dengan suaminya, iaitu pelakon yang berasal dari Perancis, Olivier Martinez pada 23 Ogos lalu selepas lapan tahun yang memenatkan turun naik mahkamah.
Getty Images
Difahamkan Martinez telah memfailkan perceraian terhadap Berry pada Oktober 2015, namun proses tersebut memakan masa selama lapan tahun membabitkan hak penjagaan anak mereka, Maceo.
“Akhirnya kami berpisah (bercerai). Moga ini jalan yang terbaik,” kata Berry.
Menurut laporan E Online, Berry dan Martinez akhirnya sepakat untuk mendapat hak penjagaan bersama anak mereka yang kini berusia sembilan tahun.
Dalam perjanjian mahkamah yang dibuat, pelakon filem Catwoman itu perlu membayar wang persekolahan, pakaian sekolah dan kelengkapan pendidikan anaknya sebanyak AS$8,000 (RM37,000) sebulan.
Seperti diketahui, kedua-dua mereka mula berkenalan sewaktu menjalani penggambaran filem Dark Tide pada 2010.
Sumber: Kosmo Online |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cam biawak lak eh..sapa yg dapat hak jagaan anak dia untung..cam ex laki acik britney. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah tahu diri tu femes, buatlah prenup siap2 before kawen |
|
|
|
|
|
|
|
budaya sana. Mak kena bayar nafkah pada ex sebab ex jaga anak. Rasa pelik sebab malaysia besepah anak anak di malaysia tak dpt nafkah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni dpt hak penjagaan bersama , tp nafkah anak mak sorang yg tanggung. kan. hadoi.
|
|
|
|
|
|
|
|
Undang2 barat ni ada bagusnya. So xdelah anak tu terabai x diberi nafkah. Tapi negatifnya sian bila pompan yg kena byr segalanya asbab dia lagi kaya Dan berduit Dari ex laki. |
|
|
|
|
|
|
| |
|