CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 14864|Reply: 5

[Tempatan] Agong dah balik, jalan di Sabah kembali rosak kembali seperti 'jalan ke bulan',tidak menggunakan bahan yang berkualiti.Kesian Rakyat Sabah

[Copy link]
Post time 28-9-2023 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by YgBenar at 28-9-2023 09:34 PM

KOTA KINABALU - Selepas kira-kira tiga minggu Kembara Kenali Borneo oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Billah Shah menelusuri jalan di negeri ini berakhir, tular semula jalan raya di sebahagian tempat kini kembali seperti 'jalan ke bulan'.





Ia susulan dakwaan pengguna jalan raya bahawa sebahagian laluan kembali rosak disebabkan penyelenggaran dilakukan tidak menggunakan bahan yang berkualiti.

Keadaan itu turut dikongsikan pengguna akaun di TikTok yang memaparkan keadaan sebahagian jalan di sekitar negeri yang didakwa pernah dilalui Yang di-Pertuan Agong kembali rosak.

Gambar yang dikongsikan sejak tiga hari lalu itu turut disertakan dengan keterangan 'Agong dah balik. Jalan Sabah roboh balik' dengan memetik sumber daripada sebuah portal.

Sementara itu, memetik sumber daripada Facebook menerusi akaun Calvin CK terdapat satu hantaran yang turut disertakan dengan beberapa gambar menunjukkan bahan digunakan untuk menyelenggara jalan kurang berkualiti.

Pemilik akaun tersebut mempersoalkan tindakan kontraktor yang menyelenggara Jalan Gum-Gum Batu 16 yang menggunakan batu halus dan diletakkan di atas permukaan jalan raya.

Gambar yang dipaparkan juga menunjukkan keadaan jalan berturap mulai pecah dan menyukarkan pengguna jalan raya yang melalui laluan berkenaan.

Ahli Parlimen Libaran, Datuk Suhaimi Nasir dipetik sebagai berkata, meminta jalan raya di kawasan beliau perlu dibaiki dan diselanggara dengan baik kerana ia merupakan laluan utama ke Sandakan.

Suhaimi sebelum ini sudah mengutarakan isu kerosakan jalan raya itu dan pernah membawa pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) melihat sendiri keadaan raya tersebut.

SumberSinarHarian

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 09:38 PM | Show all posts
habis lah kaka chazey kena lalu permukaan bulan pergi balik sekolah
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Apa kata umum aja skim pencen utk kakitangan JKR ditamatkan selagi ada kes cmni
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-9-2023 09:38 PM
habis lah kaka chazey kena lalu permukaan bulan pergi balik sekolah

Harap kaka chazey Tempah baju angkasawan ..boleh lompat2
Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2023 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
batmana replied at 28-9-2023 10:33 PM
Apa kata umum aja skim pencen utk kakitangan JKR ditamatkan selagi ada kes cmni

#JanganKerjaRajin................
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2023 03:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Acik Azmee dah take note hari tu...dont worry.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:15 AM GMT+8 , Processed in 0.040836 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list