CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1803|Reply: 0

[Tempatan] Dusun Musang King dalam hutan simpan Gombak di serbu​

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:58 AM | Show all posts |Read mode
Dusun Musang King dalam hutan simpan Gombak di serbu​




PETALING JAYA: Sebuah tapak dusun durian Musang King diserbu selepas dipercayai beroperasi secara haram dan disyaki melakukan pencerobohan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Hulu Gombak, dekat sini sejak puluhan tahun lalu di atas tanah kira-kira seluas 41 hektar.

Dalam operasi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor kira-kira pukul 12 tengah hari kelmarin, dua pekerja di dusun tersebut ditahan ketika sedang melakukan aktiviti pembersihan di kawasan hutan simpan itu.

Sumber memberitahu Utusan Malaysia, berdasarkan maklumat dusun tersebut beroperasi sebelum hutan berkenaan digazetkan sebagai Hutan Simpan Kekal pada 2010.

Katanya, sebelum itu, hutan berkenaan adalah tanah hak milik kerajaan negeri Selangor namun ditukar status sebagai HSK memandangkan terletak berhampiran kawasan empangan dan menjadi kawasan tadahan hujan.

“Difahamkan, pengusaha dusun tersebut pernah memohon daripada Kerajaan Negeri Selangor untuk memperoleh hak pemilikan terhadap kawasan berkenaan namun tidak diendahkan malah kawasan itu termasuk dalam kawasan yang hendak digazetkan sebagai HSK.

“Namun pengusahanya tetap meneruskan aktiviti penerokaan yang sehingga kini dianggarkan seluas 41 hektar,” katanya.

Sumber juga memaklumkan, pada 2010, dusun tersebut hanya diusahakan secara kecil-kecilan namun dipercayai diperluas dengan binaan-binaan seperti yang ada sekarang.

Difahamkan, dusun tersebut terkenal dalam kalangan masyarakat sehingga pernah dikunjungi oleh selebriti tanah air untuk melakukan aktiviti hutan sambil menikmati buahan-buahan tempatan.

Selain itu, pengusahanya turut menggunakan media sosial seperti Instagram untuk mempromosikan dan memperkenal dusun berkenaan bagi menarik pengunjung khususnya peminat durian dan aktiviti lasak.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor, Azhar Ahmad berkata, kedua-dua pekerja di tapak haram tersebut yang berusia 29 tahun dan 30-an kini direman tiga hari untuk membantu siasatan lanjut selepas memperoleh perintah reman daripada Mahkamah Ampang mulai semalam.

Menurutnya, pemeriksaan mendapati pengusahanya menjadikan hutan simpan tersebut sebagai dusun dengan menaman pelbagai tanaman termasuk pokok durian serta pelbagai binaan yang bukan milik Jabatan Perhutanan Selangor.

“Siasatan mendapati kawasan tersebut disyaki melakukan aktiviti pembersihan tanah untuk pertanian (dusun durian) dan pembinaan rumah rehat di kompartmen 88 Hutan Simpan Hulu Gombak.

“Tindakan tersebut salah di sisi undang-undang iaitu mengikut Seksyen 32(1) Akta Perhutanan Negara 1984 (Akta 313),” katanya.


https://www.utusan.com.my/nasional/2023/09/dusun-musang-king-dalam-hutan-simpan-kena-serbu/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:16 AM GMT+8 , Processed in 0.032794 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list