CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4235|Reply: 2

Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun Ini - PM Anwar

[Copy link]
Post time 5-10-2023 08:15 AM | Show all posts |Read mode
Subsidi negara dijangka cecah RM81 bilion tahun Ini - PM Anwar

Anwar ketika berucap merasmikan Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena IJPAM 2023 di Sabah malam ini. - NSTP/ MOHD ADAM ARININ


KOTA KINABALU: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata subsidi ditanggung kerajaan untuk rakyat termasuk elektrik, minyak dan makanan dijangka mencecah RM81 bilion tahun ini.

Perdana Menteri berkata, meskipun angka itu walaupun tinggi, mengurangkan subsidi bukanlah satu pilihan untuk dilaksanakan kerajaan kerana langkah itu akan membebankan rakyat berpendapatan rendah.

Bagaimanapun, katanya, kerajaan perlu mengemukakan satu dasar yang lebih ampuh dan realistik untuk menyelamatkan ekonomi negara iaitu melalui rasionalisasi pemberian subsidi.

"Jadi, apa langkah yang kita lakukan...baru-baru ini, yang pertama ialah elektrik. Eletrik itu hanya satu peratus terkaya sahaja dibatalkan subsidi, maka mereka bayar harga pasaran, manakala 99 peratus rakyat tidak terkesan.

"Kemudian haji, selama ini Tabung Haji beri kepada semua jemaah haji, maka baru-baru ini saya minta Tabung Haji kaji semula (dan) orang kaya yang berpendapatan RM1 juta satu bulan, RM10,000 satu bulan tidak perlu mendapat subsidi. Mereka mendapat haji mabrur dengan keupayaan mereka.

"Tetapi subsidi untuk rakyat terpaksa diteruskan dan sebab itu tahun ini kita perkenalkan rasionalisasi ini," katanya pada Konvensyen Pengurusan Hal Ehwal Islam Sempena Ijtimak Perdana Agensi Agama Seluruh Malaysia (IJPAM) 2023 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di sini, malam ini.

Dalam pada itu, Anwar mengakui dengan jumlah subsidi yang begitu besar tiada negara yang mampu untuk bertahan tanpa melaksanakan tindakan ke arah mengurangkan beban yang ditanggung kerajaan.

"Umpamanya minyak puluhan bilion ringgit satu tahun subsidi dan harga minyak hari ini, harga minyak di Malaysia lebih murah daripada Arab Saudi.

"Saya tahu rakan lama saya hari ini berkata 'menang esok minyak turun' tetapi (kenyataan) ini Anwar Ibrahim dulu yang diumum pada 2008. Pada tahun itu harga minyak Arab Saudi 50 sen dan kita melihat ada keperluan harga minyak turun.

"Sekarang kos meningkat berkali ganda dan harga minyak di Arab Saudi umpamanya lebih tinggi dari di Malaysia. Harga minyak termurah sekarang iaitu Brunei yang dulunya jauh lebih murah, tetapi sekarang rendah sedikit berbanding harga di Malaysia," katanya.

Katanya, beliau menjelaskan perkara itu kerana rakyat yang berfikir secara ikhlas dan bertanggungjawab tidak harus mempolitikkan isu berkenaan.

"Ini isu negara dan negara harus diselamatkan, tapi adakah ini alasan untuk kita mengurangkan dan terus membebankan rakyat.

"Sebab itu saya memilih untuk mengumumkan apa yang disebut baru-baru ini kerana tidak mungkin kita minta rakyat Sabah yang miskin dibebankan dengan harga beras yang lebih tinggi," katanya.

Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... -tahun-ini-pm-anwar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2023 10:07 PM | Show all posts
subsidi memang bagian dari pembelanjaan negara untuk keperluan masyarakat
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 03:46 AM | Show all posts
saya membaca berita ini dan merasa positif keadaan rakyat akan semakin baik dan kerajaan semakin makmur
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:48 PM GMT+8 , Processed in 0.622995 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list