Aaron Chia dan Soh Wooi Yik menjuarai Kejohanan Badminton Terbuka Denmark 2023
PETALING JAYA: Beregu No. 1 Malaysia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik akhirnya menamatkan kemarau gelaran pada Jelajah Dunia setelah dinobatkan selaku juara pada Terbuka Denmark di Odense, Denmark, sebentar tadi.
Pasangan No. 4 dunia itu menundukkan beregu Indonesia, Muhammad Shohibul Fikri-Bagas Maulana menerusi kemenangan straight set 21-13, 21-17 dalam masa 33 minit pada final.
Selama enam tahun Aaron-Wooi Yik menunggu akhirnya Odense, Denmark menjadi bumi bertuah buat mereka berdua merangkul gelaran sulung pada Jelajah Dunia.
Kejayaan tersebut membolehkan Aaron-Wooi Yik membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak AS$62,900 (RM299,875) berserta pingat emas. – UTUSAN ONLINE
|