View: 640|Reply: 0
|
Zii Jia gagal teruskan rentak kemenangan
[Copy link]
|
|
Zii Jia gagal teruskan rentak kemenangan
Lee Zii Jia tewas pada final Terbuka Denmark. - Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Harapan untuk melihat pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia meraih gelaran kedua berturut-turut tidak kesampaian apabila terpaksa akur tewas di tangan lawan dari China, Weng Hong Yang 12-21, 6-21 di Terbuka Denmark, sebentar tadi.
Zii Jia yang berada di ranking ke-11 dunia seakan masih 'dihantui' dengan tiga pertemuan sebelum ini yang menyaksikan rekod kemenangan memihak kepada Hong Yang 2-1.
Kemenangan Hong Yang kali ini menyaksikan pemain China itu terus menguasai pertemuan antara mereka dengan 3-1 dengan sebelum ini pernah menewaskan Zii Jia di Terbuka Australia, Ogos lalu.
Di Terbuka Artik, Finland minggu lalu, Zii Jia berjaya meraih gelaran sulungnya bagi tahun ini dan dilihat berada dalam situasi terbaik untuk meneruskan momentum kemenangan di Denmark.
Gelaran naib juara membolehkan Zii Jia membawa pulang US$28,900 (RM137,780) dan 9,350 mata BWF.
Sumber:https://www.bharian.com.my/sukan/raket/2023/10/1168330/zii-jia-gagal-teruskan-rentak-kemenangan
|
|
|
|
|
|
|
| |
|