CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1946|Reply: 2

Ammar Titan Rindu konti radio katanya.....

[Copy link]
Post time 24-10-2023 10:07 AM | Show all posts |Read mode
Rindu konti radio


AMMAR kini jadi ejen insurans sepenuh masa.


Sedar takdir hidup ini ketentuan Yang Esa, pengacara, pelakon dan bekas penyampai radio, Ammar Titan, 36, nekad terus berjuang mencari rezeki untuk menyara keluarga tanpa perlu bergantung sepenuhnya dengan karier seni.

Bagi bapa dua anak berasal dari Johor ini, dia percaya kunci kejayaan dalam kehidupan adalah rajin berusaha, banyak berdoa serta bersyukur dengan apa saja rezeki yang datang serta pastikan ia daripada sumber halal.

Ammar atau nama sebenar Azizul Ammar Abu Hassan berkata, dia sama sekali tidak meninggalkan karier seni begitu saja, namun sekadar tidak mahu bergantung sepenuhnya berikutan ada komitmen bulanan yang perlu dilunaskan.

"Sekarang pun saya tengok pelakon semakin ramai dan pihak stesen televisyen juga difahamkan mempunyai senarai artis tertentu pilihan masing-masing. Tapi, itu hak mereka (stesen TV) dan kita pula tak perlu bising-bising.

"Ini kerana, cabang rezeki lain pun sebenarnya banyak. Cuma bergantung kepada diri kita sama ada nak buat atau tidak saja. Jadi, untuk saya apa saja kerja sanggup saya buat untuk dapatkan pendapatan lebih dan tidak malu pun," katanya.

Ammar yang kini menjadi ejen insurans sepenuh masa sejak Julai lalu, bagaimanapun mengakui dia merindukan bekerja semula sebagai penyampai radio kerana berpengalaman bertugas di konti selama tiga tahun.

"Saya memang rindu nak kerja di konti semula, tapi semua itu bergantung rezeki juga. Kalau ada peluang lagi Alhamdulillah dan tak mungkin saya tolak. Tapi, tidak mahu berharap kerana enggan kecewa.

"Apa pun, pengalaman bertugas di stesen radio dulu sangat bermakna buat saya dan ia tidak pernah dilupakan. Bagi saya, melayan kerenah pendengar sebenarnya amat menghiburkan dan seronok," katanya.

Mengulas juga pembabitannya dalam teater bangsawan Dang Anum, Ammar berkata, dia pernah aktif sebagai pelakon teater dan bagi melepaskan rindu berlakon, dia gembira menjadi salah seorang pelakon terpilih.

"Ketika ditawarkan berlakon teater bangsawan Dang Anum ini, saya terima kerana mengenali semua pelakon yang terbabit, termasuk pengarah, Amirul Haswendy. Sejujurnya saya mengenali setiap orang dalam teater ini sudah lama.

"Malah, saya sanggup buat kerana dah lama juga tidak beraksi di pentas teater kerana kali terakhir muncul dalam pementasan Terima Kasih Cinta pada 2011 di Istana Budaya. Boleh dikatakan kira-kira 12 tahun yang lalu," katanya.

Sehubungan itu, teater bangsawan Dang Anum bakal dipentaskan pada November ini yang dijayakan Ammar sebagai Megat Seri Rama/Laksamana Bentan, Ain Sufia (Dang Anum), Along Eyzendy (Sultan Mahmud) dan Adam Shahz (Tun Beja Ali).

Ia turut diperkuatkan lagi dengan pembabitan pelakon teater lain yang berpengalaman seperti Md Hussin, Azhar Jalil, Lizart Rashid, Shareezwan, Myza Alid, Eyza Shariff, Affan Mohd dan ramai lagi.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/rap/2023/10/1023048/rindu-konti-radio

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-10-2023 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dj ke? Bukan pelakon
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2023 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Sesuai la dia jadi juruhebah sebab dulu pun dia ambik arts rasanya. Gigih berlakon jadi pengemis, lepas tu bila orang lalu lalang tak bagi duit kat dia, tiba tiba marah marah. Hahah sapa je nak bagi duit dah tentu la budak budak yang lalu lalang tu tau ko tu student tengah berlakon. Ugh. Anyway, try la mohon dekat stesen radio rtm johor tu. Mana tau ada rezeki slot malam malam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.242540 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list