View: 3918|Reply: 6
|
Ryan Dan Adam Bakery Upload Video Sindiran? Ajai Tak Ambil Peduli
[Copy link]
|
|
Ajai tak terasa hati sekiranya ada peserta yang tak senang dengan kritikannya semasa menjadi juri program Famili Duo musim ketiga (FD3).
Ini termasuklah dakwaan yang menyatakan Ryan dan Adam Bakery memuat naik video sindiran di media sosial.
Kata Ajai atau Mohd Faizal Mas, 48, dia hanya menjalankan tugas sebaik-baiknya dan tidak ambil pusing dengan kata-kata netizen mengenai cara penjuriannya itu.
Foto: mStar
"Saya tidak ambil hatilah.
"ada saya, saya berkomunikasi (memberi komen) dengan peserta. Apa sahaja reaksi peminat dia dan peminat saya itu adalah perkara individu masing-masing.
"Saya tidak meletakkan kelemahan mendengar kritikan netizen membuatkan saya lemah semangat untuk beri komen tentang perkara yang benar," katanya kepada mStar.
Pada Ahad lalu, Ajai kurang berpuas hati dengan persembahan Ryan dan Adam yang menyanyikan lagu Kau Tigakan Cintaku nyanyian asal penyanyi Indonesia iaitu Elkasih.
Menurut Ajai, nyanyian adik-beradik itu kurang enak didengar sehingga menganggu pendengaran telinganya.
"Awak (Ryan dan Adam) matikan diri awak sendiri apabila menyanyikan lagu ini. Tidak ada ke yang beritahu awak tak sedap menyanyi lagu ini?
"Tak sedap langsung... pemilihan lagu yang salah dan ton suara tak sedap. Jadi apa yang awak berdua menyanyi semuanya tidak sedap," ujarnya.
Mengulas lanjut berkenaan komen pedas yang diberikannya itu, Ajai memberitahu penjelasannya itu tidak ditulis dengan lengkap oleh laporan portal berita di media sosial.
Kata Ajai, Ryan dan Adam hanya tersilap memilih lagu yang tidak sesuai membuatkan persembahan mereka teruk pada minggu kedua.
"enjelasan saya tidak ditulis dengan lengkap, saya cakap... tidak ada orang beritahu ke lagu untuk minggu ini tak sedap kamu nyanyi?
"Kalau mereka (Ryan dan Adam) ada masalah dalam nyanyian daripada minggu pertama saya sudah tegur. Jadi maksudnya saya meminta mereka untuk cantikkan diri, jangan nampakkan keburukan pada vokal," jelasnya.
Selain fokus kepada vokal, Ajai berkata program FD3 juga mengambil kira kreativiti peserta mempersembahkan nyanyian yang sedap didengar.
"Saya pun beritahu mereka bukannya penyanyi, sebaliknya content creator. Bila ditegur seperti itu, ia bukanlah profesion sebenar mereka, jadi mereka tidak perlu down.
"Famili Duo ini bukan 100 peratus pertandingan vokal... tetapi penonton dan juri nak dengar nyanyian yang sedaplah.
"Saya tidak kata secara keseluruhan apa yang mereka nyanyi tidak sedap. Kalau mereka menyanyi lagu yang tepat... tidak akan timbul masalah seperti ini (nyanyian tidak sedap)," katanya.
Terdahulu, Ryan atau Muhammad Ryan Fahmi Bakery, 28, memuat naik content pendek berjudul ‘mental kena kuat’ di Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian video berkenaan, Ryan menegur Adam yang kelihatan muram kerana membaca komen-komen yang diberikan netizen.
Ryan pada awalnya kelihatan tenang bagaimanapun menangis selepas membaca komen berkenaan. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah namanya pun content creator, apa nak heran? Lagipun dalam video tu dorang bukan koyak sebab komen Ajai. Dorang koyak sebab komen netizen.
Ke wartawan tak faham maksud content dorang tu terus nak bakar line mengharap Ajai bagi ulasan tahap amukan ablaska tapi Ajai pula komen cool? |
|
|
|
|
|
|
|
kannnn. dah mmg tu keje dorang. bg aku funny je bila tgk video tu. tp tbh mmg patut la ajai kritik pon. ni program nyanyian. kau tu pon femes ntah dari mana tiber terus masuk pertandingan besar mcm ni. mmg lauk laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
Adek beradek keladak. Iols menyirap tgk dua muka ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Ape yg perli?? Dia bce komen kena kecam je kan... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku dengar pun sakit telinga gak.. tp ntah lah. Nak naikkan rating kot |
|
|
|
|
|
|
|
amyfaha: Adek beradek keladak. Iols men ...
Iolss tak pernah suka dari dulu sebab tak tau apa yang best sangat content dia ni hahahaha.. ke iols yang tak ada perasan [em:3:] |
|
|
|
|
|
|
| |
|