View: 1180|Reply: 0
|
Tze Yong mara ke suku akhir Terbuka Perancis
[Copy link]
|
|
Tze Yong mara ke suku akhir Terbuka Perancis
Tze Yong tewaskan Merkle untuk mara ke suku akhir Terbuka Perancis. -FOTO AFP
Kuala Lumpur: Pemain perseorangan lelaki negara Ng Tze Yong tidak berdepan masalah untuk melangkah ke suku akhir Terbuka Perancis apabila menewaskan pemain dari tuan rumah, Arnaud Merkle.
Tze Yong hanya memerlukan 47 minit untuk menjinakkan Merkle 21-19, 21-8.
Diberi tentangan di set pertama, Tze Yong dengan tenang mengemudi set kedua seawal mata pertama sebelum meraih kemenangan mudah 21-8.
Kemenangan di Terbuka Perancis itu menyaksikan rekod pertemuan kini memihak kepada Tze Yong 2-1. Kali terakhir Tze Yong berdepan Merkle pada 2021 di Terbuka Ireland.
Menanti Tze Yong di suku akhir adalah pilihan keempat kejohanan, Kunlavut Vitidsarn dari Thailand yang menewaskan pemain Taiwan, Chou Tien Chen, 21-8, 21-19.
Tze Yong yang kini menghuni ranking ke-18 dunia bagaimanapun dijangka berdepan laluan sukar apabila berdepan juara dunia dan pemenang pingat perak temasya Olimpik Tokyo, Kunlavut.
Rekod pertemuan juga tidak memihak kepada wakil negara itu yang mana Kunlavut mendahului dengan rekod kemenangan 2-0.
Kali terakhir mereka bertemu adalah pada Ogos lalu di Terbuka Singapura yang mana Tze Yong tewas dalam pertarungan tiga set.
Namun sekiranya Tze Yong berjaya menewaskan jaguh Thailand itu, pastinya kedudukan rankingnya dalam Road to Paris akan meningkat.
Berdasarkan ranking Road to Paris, Tze Yong kini berkedudukan tempat ke-13 manakala seorang lagi wakil negara Lee Zii Jia berada di kedudukan kelapan.
Untuk layak ke Olimpik Paris Tze Yong perlu menempatkan diri dalam kelompok 16 terbaik untuk mempunyai dua wakil di temasya itu.
Mengikut syarat BWF memaklumkan bagi acara perseorangan lelaki dan wanita, setiap negara boleh mempunyai kuota maksimum dua tempat jika pemain tersebut berada pada kedudukan 16 terbaik dalam ranking "Race to Paris".
Sumber:https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ir-terbuka-perancis
|
|
|
|
|
|
|
| |
|