View: 4278|Reply: 13
|
Sazzy enggan terjebak budaya sindir menyindir
[Copy link]
|
|
Sazzy enggan terjebak budaya sindir menyindir
Sazzy berpendapat, sikap suka menyindir ketika mengendalikan program TV adalah tindakan tidak profesional dalam dunia penyiaran. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
KUALA LUMPUR: Mempunyai pengalaman dalam bidang pengacaraan selama 23 tahun membuatkan pengacara dan pelakon, Sazzy Falak, 42, tetap dengan prinsip tidak saling menyindir antara satu sama lain dalam setiap program yang dikendalikan.
Sazzy atau nama sebenarnya, Sazlini Shamsul Falak berkata, sikap suka menyindir ketika mengendalikan sesebuah program televisyen (TV) secara langsung adalah tindakan tidak profesional dalam dunia penyiaran.
"Saya rasa sikap sindir menyindir salah. Boleh lihat rakan saya dalam CELEPETS, semuanya membuat perkara yang sama, malah Atilia Haron yang kini mengacara pun tidak pernah ada isu sindir menyindir.
"Kami semua melakukan kerja dan mencari rezeki. Bagi saya, pengacara yang menyindir mempunyai 'insecurities' atau tidak yakin. Kalau anda yakin dengan diri sendiri, tiada masa nak menyindir orang lain sebab fokus pada diri dan perkara lebih penting.
"Bila melihat pada kekurangan orang lain, bermaksud anda tidak profesional," katanya kepada BH Online.
Sazzy berkongsi pendapatnya ketika ditemui pada sidang media program bual bicara, Women Talk musim baharu terbitan TV3 di sebuah pusat beli-belah, baru-baru ini.
Bagaimanapun, isteri kepada pengacara Nazril Idrus itu tidak menolak kemungkinan skrip diberikan oleh pihak produksi memerlukan seseorang pengacara terpaksa menyindir, namun sebagai pengacara berpengalaman, dia menolak kerana berpegang pada prinsip dan nilai diri yang tinggi.
"Saya gembira program Women Talk tak perlu berbuat demikian sebab itu bukan arah kami. Kalau diberi skrip sedemikian, saya tidak akan melakukannya sebab maaf, saya ada pendirian.
"Kalau mahu mengambil saya sebagai hos, saya ada nilai dan pendirian. Saya sudah cakap tidak akan mengendalikan program berkaitan gosip.
"Disebabkan itu, saya gembira saya diberi tugas mengendalikan program Women Talk.
"Mungkin program Women Talk tak akan menarik penonton seramai program gosip lain, tapi kami ada isu yang lebih serius untuk dibicarakan.
"Kami ada integriti. Kalau saya dapat skrip meminta saya berbuat demikian, saya hanya akan katakan tidak, saya bukanlah individu seperti itu," katanya.
Sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, Sazzy tidak mahu perkara yang tidak baik menjadi contoh dan ikutan buat anak-anaknya. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Tambah Sazzy, sebagai ibu kepada tiga cahaya mata, dia tidak mahu perkara yang tidak baik menjadi contoh dan ikutan buat anak-anaknya.
"Ia mudah untuk saya katakan sebab saya sudah lama berada industri hiburan. Dulu masa muda, mungkin saya juga boleh terikut, sekarang saya mahu menggunakan suara untuk perkara bermanfaat.
"Tambah lagi anak-anak perempuan masih muda, mereka akan melihat kerja yang saya lakukan. Saya tak mahu mengajar mereka mengenai gosip," katanya.
Terdahulu, pengacara program realiti Famili Duo musim ketiga (FD3), Janna Nick dikecam kerana kelantangan memerli rancangan realiti All Star Gegar Vaganza (GV10) yang ditayangkan pada waktu sama.
Bagaimanapun, Janna mengakui, insiden atas pentas langsung itu adalah perancangan pihak produksi bagi memulangkan paku buah keras terhadap GV10 yang didakwa memulakan budaya sindir-menyindir.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... ya-sindir-menyindir
|
|
|
|
|
|
|
|
Macik suka dia
Banding dengan Sarimah yang bingit tu |
|
|
|
|
|
|
|
ya pengacara mcm ni is another lvl
bkn picisan |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by annadonna at 28-10-2023 04:50 PM
CELEPETS tu apa? Celah pepet ke?
Iye ke makcik? Waktu sehati berdansa 3 dulu siapa yang ajak geng sindir Nana (Sein & Nana) pasal dahi Nana tu seluas landasan kapal terbang? Sebab ko bengang dorang asyik dpt markah tinggi. Org lain buat salah, ko buat betul. Hipokrit sangat korang ni. Baik diam. |
|
|
|
|
|
|
|
she replied at 28-10-2023 12:13 PM
Macik suka dia
Banding dengan Sarimah yang bingit tu
Agreed. Jauh beza lah. Sazzy pun iols suka tengok famili dia layan Idris. Kalau tak tahu, takkan perasan pun tu anak angkat. |
|
|
|
|
|
|
|
dah jadi pengacara women talk xkan nak sindir2 program lain yg setaraf..kalau program hiburan xyah la cite xnak sindir2, kehendak penerbit kan perlu dituruti |
|
|
|
|
|
|
|
Host women talk another level. Bkn setakat boleh bercakap tp kena ada knowledge and professional. |
|
|
|
|
|
|
|
rambut cantik kak. Sukeeee |
|
|
|
|
|
|
|
The best org yg bijak bila berkata2 !! |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 28-10-2023 04:49 PM
CELEPETS tu apa? Celah pepet ke?
Iye ke makcik? Waktu sehati berdansa 3 dulu siapa yang ajak geng s ...
Celebrity Loves pets.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by ReginaGeorge at 29-10-2023 11:52 AM
Sazzy ni bukan pengacara low class. Dibesarkan dari family yg baik2 dan berpelajaran tinggi. Sepanjang career sbg pengacara, dia bijak bawa diri dan mengawal perkataan. Reputasi dia sangat cemerlang. I agree that she is much better than SI, dari segi pembawaan diri, pergaulan dan percakapan. |
|
|
|
|
|
|
|
Wise words have been spoken in this case |
|
|
|
|
|
|
|
annadonna replied at 28-10-2023 04:49 PM
CELEPETS tu apa? Celah pepet ke?
Iye ke makcik? Waktu sehati berdansa 3 dulu siapa yang ajak geng s ...
Main main dgn acik forum...acik forum kuat ingatan sgt tauuu..laksana mcm Google bergerak |
|
|
|
|
|
|
| |
|