View: 8157|Reply: 3
|
Dian jauhi TV, internet demi Gadis Kretek
[Copy link]
|
|
Dian jauhi TV, internet demi Gadis Kretek
Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya. Foto Ihsan Netflix
KUALA LUMPUR: Demi menghidupkan watak Dasiyah, iaitu wanita berjiwa patriotik pada era industri tembakau di Indonesia pada 1960-an dalam drama bersiri Gadis Kretek, Dian Sastrowardoyo mengelak menonton televisyen (TV) dan melayari internet.
Dian sanggup mengetepikan kehidupan sosial termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan demi menghayati watak Dasiyah dalam siri terbitan Netflix itu.
"Saya berhenti berjumpa teman dan tidak bersosial. Saya tidak lakukan aktiviti olahraga, berlari atau bermain tenis yang sangat digemari.
"Semuanya kerana saya mahu latih badan bergerak mengikut kehidupan wanita pada zaman itu.
"Saya juga berhenti mendengar muzik moden. Saya hanya dengar gamelan dan irama klasik selama beberapa bulan untuk fokus dengan watak Dasiyah.
Dian sanggup mengetepikan kehidupan sosial termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan demi menghayati watak Dasiyah dalam siri Gadis Kretek. Foto Ihsan Netflix
"Saya banyak berlatih sendirian di rumah dan berdisiplin. Saya tidak buka TV dan tidak pegang telefon bimbit ketika berlatih," katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama bersiri Gadis Kretek, Rabu lalu.
Dian mengaku bukan mudah memasukkan karakter Dasiyah dalam diri, di mana banyak kesabaran dan persiapan perlu dilakukannya.
"Saya dapat banyak arahan daripada sutradara yang merancang karakter Dasiyah dengan teliti. Karakternya sangat jauh daripada diri saya hingga merasa sangat tercabar.
"Namun, saya cuba tengok bagaimana boleh teroka karakter ini, biarpun bicara, gerak tubuh dan ekspresi Dasiyah sangat berbeza.
"Saya pernah bawa watak patriotik tetapi kali ini karakter dilakonkan sangat berbeza dengan diri saya," katanya yang mendapat bimbingan daripada pengarah merangkap jurulatih lakonan, Kamila Andini.
Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya.
"Pada mulanya, saya sangat tertekan. Saya belajar bahawa seorang pelakon perlu pasrah, berserah dan ikhlas kerana tugasnya adalah menyerahkan diri kepada karakter. Kalau watak perlukan dia lakukan semua itu, kita harus jalani dengan baik," katanya.
Drama bersiri Gadis Kretek arahan Kamila dan Ifa Isfansyah diadaptasikan daripada novel tulisan Ratih Kumala terbitan 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama.
Boleh distrim sekarang, Gadis Kretek berkisar percintaan epik berlatarkan industri tembakau pada era 1960-an di Indonesia.
Siri TV itu turut menampilkan pelakon Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.
Sumber:https://www.bharian.com.my/hibur ... t-demi-gadis-kretek
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Dian Sastrowardoyo 6 Bulan Ubah Gaya Hidup Demi Gadis Kretek
Pelakon terkenal Indonesia, Dian Sastrowardoyo mengetepikan kehidupan sosial demi menghidupkan watak Dasiyah dalam drama bersiri Gadis Kretek.
Kata aktres itu, dia mengelak menonton televisyen (TV) dan melayari internet termasuk berhenti melakukan aktiviti yang digemari sepanjang enam bulan.
"Saya berhenti berjumpa teman dan tidak bersosial. Saya tidak lakukan aktiviti olahraga, berlari atau bermain tenis yang sangat digemari.
"Semuanya kerana saya mahu latih badan bergerak mengikut kehidupan wanita pada zaman itu.
"Saya juga berhenti mendengar muzik moden. Saya hanya dengar gamelan dan irama klasik selama beberapa bulan untuk fokus dengan watak Dasiyah.
"Saya banyak berlatih sendirian di rumah dan berdisiplin. Saya tidak buka TV dan tidak pegang telefon bimbit ketika berlatih," katanya pada sidang media virtual mempromosikan drama bersiri Gadis Kretek, Rabu lalu.
Dian mengaku bukan mudah memasukkan karakter Dasiyah dalam diri, di mana banyak kesabaran dan persiapan perlu dilakukannya.
"Saya dapat banyak arahan daripada sutradara yang merancang karakter Dasiyah dengan teliti. Karakternya sangat jauh daripada diri saya hingga merasa sangat tercabar.
"Namun, saya cuba tengok bagaimana boleh teroka karakter ini, biarpun bicara, gerak tubuh dan ekspresi Dasiyah sangat berbeza.
"Saya pernah bawa watak patriotik tetapi kali ini karakter dilakonkan sangat berbeza dengan diri saya," katanya yang mendapat bimbingan daripada pengarah merangkap jurulatih lakonan, Kamila Andini.
Disebabkan watak Dasiyah yang tidak banyak berinteraksi dengan ramai orang, Dian mengaku tertekan menjiwainya.
"ada mulanya, saya sangat tertekan. Saya belajar bahawa seorang pelakon perlu pasrah, berserah dan ikhlas kerana tugasnya adalah menyerahkan diri kepada karakter. Kalau watak perlukan dia lakukan semua itu, kita harus jalani dengan baik," katanya.
Drama bersiri Gadis Kretek arahan Kamila dan Ifa Isfansyah diadaptasikan daripada novel tulisan Ratih Kumala terbitan 2012 oleh Gramedia Pustaka Utama.
Boleh distrim sekarang, Gadis Kretek berkisar percintaan epik berlatarkan industri tembakau pada era 1960-an di Indonesia.
Siri TV itu turut menampilkan pelakon Ario Bayu, Arya Saloka, Putri Marino, Tissa Biani, Ine Febriyanti, Winky Wiryawan, Sheila Dara, Ibnu Jamil, Rukman Rosadi, Nungki Kusumastuti, Dimas Aditya, Pritt Timothy dan Tutie Kirana.
Sumber: BH Online |
|
|
|
|
|
|
|
mcm best je
ada tertgk trailer ni kat TT |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada Dian mesti best
Laki iols suka Beno nengok kartini kat netflix |
|
|
|
|
|
|
| |
|