|
QABIL (tengah) disambut meriah ketika tiba di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, petang semalam. -FOTO Malik Muhamad
Kuala Terengganu: Pelumba cilik Malaysia, Qabil Irfan Azlan yang menggegar dunia pada Kejohanan Motosikal Siri Dunia FIM MiniGP kelas 160cc Di Litar Ricardo Tormo, Valencia minggu lalu mahu ikut jejak idolanya, Valentino Rossi.
Jelas murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1 (SKSS 1), Kuala Terengganu itu, kejayaan juara dunia sembilan kali MotoGP kelahiran Itali itu membakar lagi semangatnya untuk mencipta kejayaan dalam kategori lebih tinggi selepas ini.
Bagaimanapun anak kedua daripada empat beradik itu akui perjalanan untuk bergelar pelumba terbaik dunia masih jauh lebih-lebih lagi ia memerlukan pengorbanan selain latihan berterusan.
"Saya mahu jadi seperti Rossi bergelar juara dunia, impian saya satu hari nanti juga sama muncul juara dunia dalam kelas yang lebih tinggi," katanya.
Qabil disambut meriah di Lapangan Terbang Sultan Mahmud, semalam yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Pertubuhan Bukan Kerajaan Negeri, Hishamuddin Abdul Karim dan Timbalan Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT), Kamsah@ Kamal Mohamed.
Ketika ditanya mengenai kejayaan itu, Qabil akui kegagalan untuk menjuarai kejohanan sama pada tahun lalu juga di Valencia apabila menduduki tempat ketiga membakar semangatnya untuk mencipta sensasi di bumi Sepanyol tahun ini.
Sementara itu Hishamuddin berkata, berikutan kejayaan yang membanggakan itu, kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan insentif berbentuk wang tunai kepada Qabil yang berjaya mengharumkan nama negeri dan negara.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... hu-ikut-jejak-rossi |
|