View: 6541|Reply: 1
|
Kes varian Pirola dijangka melonjak seminggu lagi
[Copy link]
|
|
Kes varian Pirola dijangka melonjak seminggu lagi
Murid didedahkan cara betul penggunaan kit ujian kendiri COVID-19 oleh petugas Pusat Sains Negara di Kuala Lumpur, semalam. - Foto BERNAMA
Kuala Lumpur: Pakar menjangkakan lonjakan kes COVID-19 yang berpunca daripada varian BA2.86 atau 'Pirola' akan berlaku dalam tempoh satu ke dua minggu, dengan potensi varian mutasi JN.1 turut menular dalam negara, tidak lama lagi.
Situasi COVID-19 terbaharu ini dijangka berlaku disebabkan kehadiran pengembara dari luar negara, khususnya dari Amerika Syarikat (AS) dan Eropah.
Saintis virologi Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPTT), Universiti Sains Malaysia (USM), Dr Muhammad Amir Yunus, berkata jangkaan lonjakan kes bagaimanapun tidak perlu menimbulkan panik, memandangkan varian BA2.86 dan JN.1 tidak berada dalam kategori Variant of Concern (VOC).
"Dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini, kita lihat jumlah kes meningkat kembali dan banyak faktor yang menyumbang, antaranya situasi pengembara, iaitu virus itu diperoleh di tempat lain dan ditularkan di negara ini.
"Bagaimanapun setakat ini kita belum ada VOC atau virus baharu yang menyebabkan satu keadaan penyakit yang luar biasa. Simptom jangkitan COVID-19 juga masih sama kerana ia berpunca daripada varian terdahulu yang menyebabkan terjadi pandemik.
"Namun terdapat laporan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung varian BA2.86, yang ketika ini merebak di AS. Di sana ada satu varian yang sedang meningkat iaitu JN.1 dan dijangka jangkitannya akan berkembang dengan cepat," katanya kepada BH, semalam.
BA.2.86 atau Pirola menjadi antara strain dominan yang menggusarkan saintis pada tahun ini, disebabkan kemampuan mutasi yang tinggi. Tetapi data makmal kemudian mengesahkan ia kurang menular atau mempunyai kemampuan untuk mengelakkan imunisasi seperti dibimbangi saintis.
Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) pada November lalu berkata, Pirola yang muncul sejak Ogos, menjangkiti hampir sembilan peratus daripada keseluruhan jangkitan baharu COVID-19.
Bagi JN.1 pula, CDC melaporkan, varian yang kali pertama dikesan pada September lalu ini adalah varian yang paling pesat berkembang di AS dan menyumbang kepada lebih daripada satu perlima daripada semua jangkitan di negara itu.
JN.1 daripada keluarga Omicron itu juga dikesan sudah 'menewaskan' banyak varian lain, termasuk strain induknya BA.2.86 serta EG.5 (Eris) dan XBB.1.16 (Arcturus).
Jangkitan merebak
Mengulas lanjut, Dr Muhammad Amir berkata, berdasarkan laporan, varian BA2.86 sudah dikesan di negara ini melalui pengembara, sekali gus beliau menjangkakan kitaran jangkitan berkemungkinan sudah meluas.
"Ia mungkin belum merebak sepenuhnya lagi tetapi saya menjangkakan varian ini akan meningkat dan mendominasi dalam tempoh seminggu atau dua minggu lagi. Jangkitan COVID-19 terhadap pesakit berkemungkinan disebabkan oleh varian ini.
"Malah, tidak mustahil JN.1 yang juga 'anak' kepada BA2.86 akan turut merebak disebabkan aktiviti mengembara," katanya.
Mengenai simptom kedua-dua varian ini, beliau menjelaskan, simptom adalah sama seperti varian terdahulu seperti kesejukan, sakit badan dan kemungkinan kehilangan deria rasa serta bau.
"Ciri kebanyakan adalah batuk tetapi ia bergantung kepada ketahanan individu. Tidak perlu risau sangat kerana ia bukan berada dalam VOC," katanya.
Dalam perkembangan sama, Pakar Perubatan Kesihatan Masyarakat, Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Sharifa Ezat Wan Puteh, berkata jangkaan sebahagian kes COVID-19 semalam akan dimasukkan ke dalam wad dan memerlukan bantuan pernafasan.
Katanya, situasi itu jelas perlu dibimbangi oleh semua dan tindakan proaktif perlu dimainkan oleh semua masyarakat seperti melaksanakan pemakaian pelitup muka.
"Dengan peningkatan kes mendadak, golongan rentan perlu dibimbangi seperti golongan obesiti, perokok tembakau, kencing manis, penghidap penyakit jantung dan darah tinggi.
"Mengamalkan penjagaan kebersihan kendiri perlu dilakukan oleh masing-masing seperti selalu membasuh tangan untuk mengelakkan pembawaan virus. Membasuh tangan dengan baik dan kerap, dapat menurunkan membawa virus sebanyak 59 peratus," katanya.
Dr Sharifa Ezat berkata, mereka yang belum mengambil dos vaksin penggalak juga amat digalakkan untuk berbuat demikian memandangkan hanya sekitar 51 peratus liputan bagi dos berkenaan dan ia masih rendah.
Kata beliau, situasi COVID-19 ketika ini sudah dianggap endemik dan tiada keperluan untuk melaksanakan kembali pengiraan harian seperti tempoh pandemik terdahulu.
"Buat masa ini, varian adalah dianggap mudah berjangkit, tetapi tidak begitu 'virulent' (ganas)," katanya.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... onjak-seminggu-lagi
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni variant yg banyak bersin, sakit kepala, sakit badan, runny nose, fever.. alah sama dgn Covid2 asal dan Flu je |
|
|
|
|
|
|
| |
|