CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3352|Reply: 11

Goda Isteri Orang Tetap Boleh Didakwa Di Bawah Undang-Undang Syariah Negeri-Negeri

[Copy link]
Post time 18-12-2023 11:47 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA – Walaupun peruntukan di Mahkamah Persekutuan sudah tidak boleh diguna pakai, lelaki yang menggoda isteri orang masih boleh didakwa di bawah undang-undang syariah negeri-negeri.


Di bawah undang-undang syariah, masih kekal terdapat peruntukan hampir sama bagi kesalahan lelaki yang menggoda isteri orang.


Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, di bawah Seksyen 36 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan, mana-mana lelaki boleh didakwa di atas kesalahan memujuk lari wanita bersuami.


Gambar Hiasan




“Jika disabitkan kesalahan, boleh dihukum denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.


“Keputusan semalam adalah untuk kesalahan di bawah kanun keseksaan. Di bawah undang-undang syariah, masih kekal bagi kesalahan hampir sama,” kata­nya kepada Kosmo!.


Beliau menjelaskan, peruntukan yang sama juga terdapat di dalam enakmen kesalahan ­jenayah syariah negeri-negeri.


“Aduan hendaklah dibuat ke bahagian penguatkuasaan jabatan agama Islam untuk disiasat sebelum ia dibawa ke mahkamah syariah untuk didakwa.


“Walau sekalipun tiada sebarang undang-undang, masyarakat harus sedar bahawa perbuatan menggoda atau memujuk lari isteri orang adalah perbuatan yang tidak bermoral dan amalan masyarakat jahiliah,” ­jelasnya.


Kelmarin Kosmo! melaporkan, Mahkamah Persekutuan memutuskan Seksyen 498 Kanun Ke­seksaan tidak lagi boleh diguna pakai dalam prosiding jenayah untuk mendakwa lelaki yang menggoda isteri orang.


Ads by Kiosked
Keputusan sebulat suara itu dibuat panel lima hakim yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat apabila mengisytiharkan seksyen itu tidak berperlembagaan kerana melanggar prinsip asas berhubung kesamarataan jantina. -CARI


Sumber: Kosmo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2023 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Zaman iols keje dulu, ramai je isteri dan suami org berskandal. Yg si suami, bila dibgtau isterinya berskandal, sanggup lg mempertahankan isterinya tu. Ada yg kata, 'isteri saya dah bersumpah demi Allah tak buat'. Ha2x! Bersedialah sang bini mcmana kau nk jwb di depan Allah kelak. Beraninya permainkan nama Allah semata2 nk lepaskan diri. Si suami, kau pula dayus percaya bulat kt isteri penipu tu! Aduhai dunia ku.. Semakin menakutkan!
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:12 PM | Show all posts
lelaki yg suka goda isteri org ni antara lelaki yg dikategori sebagai kasta rendah..lelaki yg haprak dan bukan gentlemen...

lelaki yg benar2 gentlemen akan kawin 4 dgn semua anak dara atau janda

taking someone's wife is like an alley dog...kalau wife tu gatai plak, is like a bitch
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Goda laki org takpe pulek..wekkk
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Nanti defend loyer kat mahkamah shariah tetap akan raise isu unconstitutional juga.
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2023 12:57 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau tak samarata, buatlah supaya dua2 belah kena.. bknnya dua2 terlepaih.. apa la..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2023 06:55 PM | Show all posts
pocongkiutss replied at 18-12-2023 12:15 PM
Goda laki org takpe pulek..wekkk

kalau mcm ni (perempuan sondol laki orang ) boleh kene dakwa mana2 akta jugak ke?
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 11:06 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2024 02:53 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Aik gode somi orang tak kene ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 12:35 PM From the mobile phone | Show all posts
penyondol
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:21 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.062802 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list