View: 8300|Reply: 0
|
Anggota perlu jaga BMI dan ‘fit’ -Allaudeen
[Copy link]
|
|
Allaudeen
KUALA LUMPUR – Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menggesa pegawai dan anggotanya menjaga kesihatan khususnya BMI (Body Mass Index).
“Pada pagi ini, saya telah menyentuh keperluan memastikan kesihatan khususnya BMI bagi pegawai dan anggota supaya dalam keadaan sihat.
“Kalau melebihi BMI ditetapkan, mereka kena teruskan latihan jasmani dan menurunkan berat badan seperti julat ditetapkan.
“Julat ini adalah mengikut umur . Kita (polis KL) mengambil pendekatan dalam masa terdekat supaya penjagaan BMI boleh melalui proses,” katanya ketika sidang akhbar selepas Perhimpunan Polis Kuala Lumpur, di sini hari ini.
Katanya, beliau menganggarkan hanya dua ke tiga peratus daripada 10,000 anggota serta pegawainya yang mengalami masalah BMI.
“Saya menyeru anggota agar ‘fit’ sebab tugas polis sangat mencabar yang mana kitta memerlukan kesihatan yang baik.
“Selain ‘fit’, mereka perlu nampak segak semasa mengenakan seragam sekali gus memberi keyakinan kepada masyarakat,” tambahnya. -KOSMO! ONLINE.
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... -dan-fit-allaudeen/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|