View: 7088|Reply: 0
|
Pandelela masih relevan, belum masanya bersara
[Copy link]
|
|
PANDELELA Rinong gagal layak beraksi di Sukan Olimpik Paris 2024. FOTO EPA
Kuala Lumpur: Selepas gagal melayakkan diri ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Pandelela Rinong masih lagi relevan untuk berada dalam skuad terjun negara dengan beraksi di peringkat Sukan Sea.
Menurut pemerhati sukan negara, Datuk Dr Pekan Ramli, Pandelela tidak perlu lagi untuk mengumumkan persaraan malah hanya perlu mengubah hala tuju sahaja dan boleh membiasakan diri dalam bidang kejurulatihan.
"Kita sebenarnya perlu membiarkan dia memikirkan hala tuju baharu, kita tidak boleh berkata dia perlu bersara atau tidak, itu hak dia. Bagaimanapun, di sebalik memikirkan hala tuju itu ia perlu bergantung kepada prestasi sekarang," katanya ketika dihubungi Arena Metro hari ini.
Ujar Pekan, saingan di peringkat tertinggi iaitu Sukan Asia dan Olimpik, sudah tidak lagi relevan buat pemenang pingat gangsa Olimpik London 2012.
"Untuk sekarang satu atau dua lagi Sukan Sea masih relevan buat Pandelela, kerana kitaran temasya ini tidak panjang, hanya dua tahun. Dia perlu fikir hala tuju baharua berdasarkan pencapaian atau kemampuan di sekarag.
"Malah Sukan Sea masih lagi relevan buat dia untuk meraih emas, terutama di laman sendiri pada 2027," kata Pekan.
Dalam pada itu, satu lagi hala tuju baharu buat Pandelela sekarang ialah menceburi bidang kejurulatihan berdasarkan usia dan kemampuannya.
"Dia relevan untuk menjadi jurulatih buat masa sekarang dalam mencungkil bakat baharu kerana bukan sahaja mampu menyampaikan ilmu secara teori malah turut boleh melakukan praktikal.
"Kalau kita tunggu usianya lanjut nanti akan rugi, kerana dia hanya boleh menyampaikan ilmu dan pengalaman secara teori sahaja. Dia tidak boleh menunjukkan sekali (corak terjunan).
"Kita bukan hendak suruh dia berhenti atau bersara, ubah hala tuju sahaja, dia kena faham kemampuannya. Tidak ada orang boleh berkata dia perlu bersara selepas gagal ke Paris," katanya.
Kelmarin Pandelela menyifatkan dia masih belum mahu untuk bersara biarpun wujud desakan susulan kegagalannya layak ke Sukan Olimpik Paris Julai depan.
Pandelela menafikan faktor umur menjadi punca kegagalannya untuk beraksi lebih baik memandangkan catatan keputusan terjunannya di Kejohanan Akuatik Dunia, Doha yang berlangsung minggu lalu tidak setinggi catatan di kejohanan lain sebelum ini.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... lum-masanya-bersara |
|
|
|
|
|
|
| |
|