View: 12795|Reply: 0
|
Latif, Ziyad raih emas di Dubai
[Copy link]
|
|
ZIYAD catat lontaran 16.62 meter di Dubai. FOTO MSN
Kuala Lumpur: Jaguh para olahraga negara, Datuk Abdul Latif Romly dan Muhammad Ziyad Zolkefli terus mempamerkan aksi baik di peringkat antarabangsa, apabila merangkul pingat emas di Kejohanan Grand Prix (GP) Olahraga Para Dunia Dubai 2024 semalam.
Pemenang emas Paralimpik dua kali, Abdul Latif muncul juara acara lompat jauh lelaki T20 (kecacatan intelektual) dengan lompatan sejauh 7.11 meter (m), sekali gus berada di landasan tepat untuk hatrik emas di Paris 2024.
Athanasios Prodromou (6.81m) dari Greece dan Nikki Tang (6.74m) dari Hong Kong masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Sementara itu, Muhammad Ziyad mencatatkan lontaran sejauh 16.62m untuk ungguli acara lontar peluru lelaki F20 (kecacatan intelektual).
Ia cukup untuk mengatasi Muhammet Atici (15.12m) dari Turkiye dan Boonkong Sanepoot (12.80m) dari Thailand, manakala seorang lagi wakil negara, Mohamad Aliff Mohamad Awi menamatkan saingan di kedudukan keempat dengan catatan 12.61m.
Bagi acara lempar cakera berkerusi roda lelaki F54/55/56 (kecacatan fizikal), Muhammad Amir Abdul Raof menamatkan saingan di kedudukan kedua dengan catatan 26.86m.
Wakil Emiriah Arab Bersatu (UAE) unggul meraih emas dan gangsa masing-masing menerusi Abdulla Mesbahi meraih (22.90m) dan Sultan Alhamsi (23.10m).
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -raih-emas-di-dubai |
|
|
|
|
|
|
| |
|