View: 6333|Reply: 0
|
Femke pecah rekod dunia sendiri
[Copy link]
|
|
Femke Bol meraikan kejayaannya bersama rekod dunia baharu. FOTO REUTERS
Glasgow: Pelari Belanda, Femke Bol memperbaharui rekod dunianya sendiri dalam acara 400 meter (m) manakala Josh Kerr dari Britain meraih kemenangan dalam acara 3,000m lelaki untuk menggembirakan penonton tuan rumah pada Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia, awal pagi tadi.
Femke, pakar 400m lari berpagar berusia 24 tahun itu mencatat masa 49.17 saat (s) untuk mengatasi rekod sebelumnya 49.24s yang dilakukannya dua minggu lalu di kejohanan kebangsaan Belanda.
"Ia adalah perlumbaan yang sangat sukar, saya tahu saya perlu mempunyai kepantasan.
"Jurulatih saya berkata kepada saya 'anda boleh berlari lebih pantas', tetapi sejujurnya saya hanya mahu menang," kata Femke, pemenang pingat emas dalam acara 400m lari berpagar dan 4x400m berganti-ganti pada Kejohanan Dunia lalu di Budapest.
"Ia bagus kerana saya tidak beraksi acara lari berpagar selama empat minggu dan ia memberi keyakinan kepada saya. (Tetapi) saya merindui acara lari berpagar.
"Ia sangat bagus untuk berlumba dan suasana pertandingan ini sangat mengagumkan," katanya lagi.
Sementara itu, Kerr meraikan kejayaannya bersama penyokong yang memberi sokongan padu kepadanya.
"Saya rasa saya membakar tenaga lebih banyak ketika meraikan kejayaan ini berbanding ketika berlumba. Pertandingan ini sangat penting untuk saya," katanya.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... rekod-dunia-sendiri |
|
|
|
|
|
|
| |
|