View: 6366|Reply: 0
|
Woods terima pengiktirafan
[Copy link]
|
|
TIGER Woods. FOTO AFP
Washington: Juara 15 gelaran utama, Tiger Woods yang memberi inspirasi kepada generasi muda, dianugerahkan penghormatan tertinggi Persatuan Golf AS, Anugerah Bob Jones, awal pagi tadi.
Bintang Amerika berusia 48 tahun itu kembali ke Jelajah PGA bulan lalu selepas pembedahan buku lalu April lalu untuk mengurangkan kesakitan berikutan kemalangan kereta pada 2021.
"Anugerah ini melangkaui prestasi bermain, mengiktiraf impak perjalanan seseorang yang selama-lamanya mengubah imej dan pembangunan golf," kata ketua eksekutif USGA Mike Whan.
"Terdapat sangat sedikit yang berdiri setaraf Tiger Woods dari segi pencapaian di lapangan dan dia berada dalam kelasnya sendiri apabila membabitkan impak yang dilakukannya terhadap sukan golf serta generasi akan datang," katanya lagi.
Woods menerima Anugerah Bob Jones, dinamakan sempena pengasas bersama Masters yang merupakan bintang di era 1920-an dan memenangi 13 gelaran.
"Bob Jones adalah tonggak sukan ini dan saya benar-benar berbesar hati menerima anugerah yang membawa namanya.
"Saya berbangga menyertai ramai lagi yang menerima anugerah ini sebelum saya dalam meneruskan legasi Jones.
"Amat istimewa untuk menerima penghormatan ini daripada USGA, yang sangat bermakna kepada kerjaya saya dan keseluruhan sukan golf," kata Woods dalam satu kenyataan.
Pemenang Anugerah Bob Jones sebelum ini termasuk Arnold Palmer, Jack Nicklaus, Ben Hogan, Byron Nelson dan Annika Sorenstam.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... erima-pengiktirafan |
|
|
|
|
|
|
| |
|