CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8854|Reply: 11

[Lain-lain] ...PADU...

[Copy link]
Post time 5-3-2024 08:22 AM | Show all posts |Read mode


PADU LOGIN – ISI PERMOHONAN SEKARANG JIKA ANDA B40 & M40[color=var(--contrast-2)]February 27, 2024 by [color=var(--accent)]admin
Kerajaan melancarkan sistem PADU, sistem pangkalan data utama negara, bagi menggalakkan rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas mendaftar bagi memastikan anda tidak terlepas bantuan, subsidi dan lain-lain kebajikkan istimewa kepada rakyat Malaysia yang memerlukan.
PADU memainkan peranan penting dalam pendigitalan dan analisis di negara ini melalui [color=var(--accent)]MOF.
Sila baca artikel ini sehingga habis. Kami akan berkongsi dengan anda cara mengemaskini sistem PADU login ini.
Daftar Padu Sistem Online
Apa guna kita daftar PADU? Jika anda mendaftar dan mengemas kini maklumat anda di portal PADU ini, sistem akan memastikan anda tidak terlepas daripada menerima bantuan atau perlindungan sosial yang layak.
Tempoh kemas kini maklumat Fasa 1 selama tiga bulan membolehkan kerajaan memproses data dan menentukan kelayakan individu untuk bantuan kerajaan.
Cara Guna PADU Login
Anda hanya perlukan 3 langkah mudah untuk mendaftar sistem PADU online ini, boleh rujuk gambar di bawah:
  • Sila layari portal [color=var(--accent)]https://padu.gov.my/.
  • Tekan “Daftar”
  • Isikan maklumat pendaftaran, nombor telefon dan alamat e-mel yang sah.
  • Untuk mengesahkan akaun anda, sila masukkan OTP anda.
  • Tetapkan kata laluan untuk proses log masuk.
  • Daftar Buku Panduan PADU
Untuk mendaftar dan memperbaharui PADU secara manual, anda boleh mendaftar di Pejabat Daerah dan Pejabat Operasi. Sila bawa dokumen berikut:
  • Kad pengenalan dan salinan
  • Maklumat Pekerjaan dan Pendapatan
  • Maklumat komitmen ahli keluarga
  • Sijil Pendidikan
  • Maklumat bank
Maklumat Lanjut PADU
Untuk log masuk ke sistem dalam talian PADU, sila layari [color=var(--accent)]https://www.padu.gov.my/. Anda boleh mendaftar dan mengemaskini di portal rasmi.



This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2024 05:13 PM | Show all posts
Tak lepas tang ekyc tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 07:51 AM | Show all posts

Jenuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 09:40 AM | Show all posts

ya samalah...apa perlu dibuat u olls
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-3-2024 11:50 AM | Show all posts
A-Are replied at 8-3-2024 08:40 AM
ya samalah...apa perlu dibuat u olls

Certain phone x leh akses guna phone lain...
Pastikan x de silau lampu @ background sekata kot...
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2024 11:51 AM | Show all posts
seribulan replied at 8-3-2024 11:50 AM
Certain phone x leh akses guna phone lain...
Pastikan x de silau lampu @ background sekat ...

i see...ok nnt try semula
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2024 02:33 PM | Show all posts
A-Are replied at 8-3-2024 01:40 AM
ya samalah...apa perlu dibuat u olls

Katanya kena pergi kaunter padu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2024 10:09 AM | Show all posts
mana2 yang tak lepas ekyc tu, boleh ke kaunter PADU or ke pejabat2 dosm untuk pengesahan ic..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2024 07:54 AM | Show all posts
dewi_rina replied at 9-3-2024 02:33 PM
Katanya kena pergi kaunter padu

kalau baca notification dia bg mmg kena p kaunter padu...1hal plak nk kena ambik cuti
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2024 08:35 AM | Show all posts
A-Are replied at 11-3-2024 11:54 PM
kalau baca notification dia bg mmg kena p kaunter padu...1hal plak nk kena ambik cuti

Jadi koje pulak nak pergi kaunter padu kan.. Yih lantak jelah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-3-2024 04:05 PM | Show all posts
SHAH ALAM: Kerajaan tidak mempunyai perancangan untuk melanjutkan proses pendaftaran serta kemas kini sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang akan berakhir pada 31 Mac ini.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli, berkata pihaknya perlu mematuhi jadual bagi membolehkan pelaksanaan penstrukturan semula subsidi.

"Setakat saya boleh katakan kita tiada rancangan untuk lanjutkan daripada 31 Mac. Perdana Menteri sudah umumkan pada belanjawan lepas bahawa tahun ini kita akan lakukan penstrukturan semula subsidi pukal dan ke arah subsidi bersasar. Jadi kalau saya ada ruang, sudah tentu saya berbesar hati untuk lanjutkan.

"Cuma kalau kita lanjutkan (tempoh pendaftaran dan kemas kini) bermakna kita juga menolak pelaksanaan subsidi bersasar ke depan yang mana setiap satu bulan penangguhan, kerajaan menanggung sekurangnya RM2 bilion bagi subsidi minyak (petrol) pukal," katanya pada sesi soal jawab pada Sesi Libat Urus Bersama Menteri Ekonomi berkaitan PADU di sini, hari ini.

Mengulas mengenai pelaksanaan subsidi bersasar, Rafizi berkata, cadangan yang diangkat kepada kerajaan dan sedang dibincangkan adalah bantuan dalam bentuk pindahan tunai secara bulanan kepada rakyat.

"Ia sesuatu yang belum pernah ditawarkan kepada rakyat sebelum ini dan menerusi PADU, kita nak ada reformasi bantuan sosial rakyat untuk tempoh jangka masa panjang. Sebelum ini bantuan kita beri dalam tempoh tiga ke empat bulan sekali atau bagi menerusi e-dompet," katanya.

Sementara itu, pada sesi libat urus berkenaan, Rafizi mengulangi kebimbangannya terhadap jumlah pendaftaran yang rendah dalam kalangan penduduk di Selangor.
Beliau berkata, 1,224 lokaliti di negeri ini masih belum mendaftar di bawah PADU.

Katanya, Petaling Jaya mempunyai bilangan penduduk yang tidak berdaftar dengan PADU tertinggi, diikuti Hulu Langat, Sepang, Gombak, Klang, Hulu Selangor, Kuala Langat, Kuala Selangor dan Sabak Bernam.

"Majoriti mereka yang tidak berdaftar dengan PADU di Selangor tinggal adalah mereka yang tinggal di rumah flat, apartmen dan kondominium," katanya.

https://www.bharian.com.my/berit ... u-tidak-dilanjutkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2024 10:34 AM | Show all posts
sunquick replied at 11-3-2024 10:09 AM
mana2 yang tak lepas ekyc tu, boleh ke kaunter PADU or ke pejabat2 dosm untuk pengesahan ic..

pulak dahhhh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-12-2024 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.076509 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list