Edited by chanthik at 24-3-2024 08:22 PM
Setelah kejayaan konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena yang memukau 12,000 penonton, Siti Nurhaliza tampil berkongsi di Tiktok Live tentang misi bantuan Yayasan Nurjiwa ke Palestine yang memetik hasil jualan konsert tersebut.
Konsert Siti pukau 12,000 penonton
Siti(45) ternyata sebak berkongsikan sumbangan Yayasan Nurjiwa yang berjaya menyediakan makanan buat lebih 10,000 orang penduduk di Rafah yang masih ditindas rejim Zionist. Siti juga berkongsi rasa gembiranya apabila diberi peluang membantu penduduk Gaza menerusi Yayasan Nurjiwa
https://vt.tiktok.com/ZSFx89bE7/
Rata-rata peminat berkongsi rasa sebak dan gembira apabila dana jualan tiket konsert itu dapat disumbangkan pada penduduk di Gaza yang masih lagi menderita di bawah cengkaman rejim Zionist. Malangnya, terdapat suara suara sumbang yang menuduh kononnya Siti Nurhaliza jual modal air mata untuk kekal relevan?
Apabila menjengah ke profil pengguna-pengguna X ini, didapati mereka merupakan peminat penyanyi yang semakin meningkat naik iaitu Aina Abdul. Aina(30) sebelum ini pernah berkongsi rasa sesalnya apabila timbul peminat yang sering melagakan dirinya dengan Siti Nurhaliza & Ernie Zakri.
p/s: Adakah akan timbul drama Siti - Kak Pah 2.0?
|