CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8382|Reply: 0

Liridon bukan lima import Sang Kenari

[Copy link]
Post time 18-4-2024 10:21 AM | Show all posts |Read mode

LIRIDON (kanan) tiada dalam senarai pemain import KDA musim ini.

PEMILIK Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Tan Sri Dr. Mohd. Daud Bakar menolak khabar angin mengatakan pemain naturalisasi negara yang juga bekas bintang import pasukan itu, Liridon Krasniqi akan kembali menyarung jersi Sang Kenari musim ini.

“Tidak ada, kita sudah tutup. Setakat hari ini (kelmarin) ­untuk Liga Super, pasukan lengkap sepenuhnya. Hanya lima pemain import diikat kontrak dan me­laporkan diri,” katanya pada sidang akhbar di pejabat KDA FC di Alor Setar, ­Kedah ­kelmarin.

Lima import yang akan digunakan KDA FC dalam saingan Liga Super musim ini ialah Jose Cleylton de Morais dos Santos dari Brazil, Sukhrob Nurulloev (Uzbekistan), dua bekas pemain import Terengganu FC, Sony Norde dan Habib Haroon serta Milos Gordic (Serbia).

Menurut Daud, pihak pengurusan KDA FC memuktamadkan hanya lima import kali ini berbanding sembilan yang digunakan musim lalu sebagai usaha bersederhana dan berhemah.

Beliau mengakui, pihaknya berbesar hati kerana pemain import ber­kenaan bersedia menerima kontrak yang ditawarkan walaupun dengan gaji lebih rendah berbanding negara masing-masing.

“Dalam dunia bola sepak, kalau tak ada pemain import tarikan ke stadium kurang. Per­mainan pun kurang, jadi kita perlukan juga beberapa import. Walaupun dibenarkan enam orang untuk berada di padang, tetapi kita ambil lima sahaja.

“Lima pemain ini pun kita berjaya tawarkan kontrak gaji lebih murah dari tempat asal mereka. Itu satu kejayaan yang kita buat,” jelasnya.

Kata beliau, pihak pengurusan tetap komited dan membuat perancangan rapi membentuk pasukan mengikut adunan ketua jurulatih, Nafuzi Zain meskipun berdepan beberapa cabaran termasuk isu kewangan dan bajet sederhana.

Mengulas tentang tindakan KDA yang dikatakan ‘berbelanja awal’ dengan menyertai aksi empat penjuru di Terengganu di sebalik masalah kewangan kelab, beliau menjelaskan pihaknya mempunyai rasional tersendiri.

“Perjalanan ke Terengganu ditanggung oleh penaja, Arab Street, jadi kelab tidak tanggung kos sama sekali. Perlawanan ini untuk memberi pendedahan ­kepada semua pemain termasuk import,” jelas Daud.
https://www.kosmo.com.my/2024/04 ... import-sang-kenari/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:59 PM GMT+8 , Processed in 0.364736 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list