CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6690|Reply: 0

RM6 juta nilai VAR

[Copy link]
Post time 20-4-2024 01:53 PM | Show all posts |Read mode

KETUA Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam. -FOTO FAM

Kuala Lumpur: Kos hingga mencecah RM6 juta adalah harga yang perlu dibayar bagi memastikan saingan Liga Malaysia (Liga M) menepati standard antarabangsa sekali gus meningkatkan kualiti saingan tempatan.

Jumlah jutaan ringgit itu digunakan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bagi mendapatkan sistem bantuan video pengadil (VAR) yang akan digunakan dalam saingan Liga M bermula musim ini.

Nilai itu didedahkan Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Datuk Stuart Ramalingam di mana kos berkenaan digunakan bagi merealisasikan pelaksanaan VAR di negara ini.

Malah katanya, kos operasi VAR pula dianggarkan mencecah sekitar RM3.2 juta hingga RM3.4 juta setahun, termasuk kos pengadil.


"Setakat ini RM5 juta ke RM6 juta. Operasi VAR pula antara RM3.2 juta hingga RM3.4 juta, itu untuk operasi VAR sekali dengan kos pengadil.

"Kita harap kita boleh kurangkan ini bajet sahaja bukan kos sebenar. Tapi kita harap dapat kurangkan kos ini dalam jangka masa panjang.

"Kita tak tahu apa keperluan yang kita perlu ada dari segi alat ganti, tambahan krew atau keperluan tempatan untuk implementasi VAR," katanya kepada media pada sesi simulasi VAR di Stadium UiTM, di Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, kancah saingan liga tempatan sering menjadi sasaran kritikan ekoran mutu pengadilan yang kurang memuaskan sehingga beberapa pengadil pernah digantung daripada tugas.

Susulan itu, pengenalan VAR di Liga M diharapkan mampu membantu pengadil dalam membuat keputusan lebih tepat selain bagi membolehkan pengadil tempatan meraih peluang mengadili kejohanan terbesar seperti Piala Dunia.

Jelas Stuart lagi, beliau berharap lapan aksi ujian babitkan beberapa pasukan Liga M dalam perlawanan pramusim ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan menemui seberapa banyak kelemahan untuk diperbaiki sebelum sepak mula sebenar pada 10 Mei ini.

"Jangkaan kami adalah untuk menghadapi masalah kerana kami harap kita dapat hadapi sebagai sebuah unit. Kerjasama pasukan dan produksi serta krew teknologi VAR akan dapat menghadapi apa jua kekangan yang kita hadapi dalam ujian ini.

"Kita tahu ia tidak akan lancar kerana kita dapat lihat dari 'review' VAR ia mengambil sedikit masa dan juga dari segi infrastruktur di beberapa negeri serta segala masalah yang perlu diharungi untuk satu musim.

"Kami harap dapat menerima seberapa banyak masalah yang mungkin jadi kami boleh bersedia apabila dengan jalan penyelesaian yang sesuai," katanya.

Untuk rekod, empat set sistem VAR dan alat intercom digunakan pengadil dengan VAR itu di tempatkan dalam lori yang akan bergerak dari satu venue ke satu venue sepanjang musim.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... /rm6-juta-nilai-var
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.183999 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list