View: 4194|Reply: 6
|
Dituduh Ambil Barang Terlarang, Sarah Yasmine Sedia Buat Ujian Air Kencing – ‘Jangan Plot Twist Dia, Orang Lain Yang Terkena’
[Copy link]
|
|
Wanita yang mengaku kekasih kepada pelakon Aliff Aziz iaitu Sarah Yasmine menyatakan dirinya bersedia memberi kerjasama dengan pihak polis Malaysia dan Singapura jika mahu dia melakukan ujian saringan air kencing.
Difahamkan, Sarah bersedia berbuat demikian susulan dakwaan mengatakan dia mengambil barang terlarang iaitu dadah ketika membuat pelbagai pendedahan mengenai Aliff dan Ruhainies.
"Saya okay sahaja kalau nak ambil ujian urin. Silakan CNB (Central Narcotics Bereau) Singapura dan polis Malaysia."
"Saya boleh luangkan masa sekejap untuk itu."
Sarah berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, baru-baru ini.
Pun begitu, wanita asal Singapura itu memberi amaran jika berlaku ‘plot twist’ dan akan membabitkan orang lain.
"Jangan plot twist dia, orang lain yang terkena."
Terdahulu, nama Sarah Yasmine tiba-tiba meledak dan menjadi sebutan ramai apabila dia membuat pengakuan bahawa dirinya kekasih kepada Aliff Aziz dan mendakwa mereka sudah menjalin hubungan cinta sejak Januari lalu.
Menurutnya, tujuan dia membuat pendedahan secara terbuka adalah bertujuan untuk membongkar rancangan aktres Ruhainies yang didakwa ingin menjatuhkan Bella Astillah.
Selepas itu, satu demi satu pendedahan dibuat Sarah Yasmine sehingga melibatkan lebih ramai pihak termasuk Caprice, Emma Maembong, Chacha Maembong, Meerqeen dan Anna Jobling.
Sarah juga pernah berkongsi rakaman perbualan antara dia dan Aliff yang memperdengarkan aktor itu sedang menangis teresak-esak kerana sudah tidak tahan dengan masalah yang dihadapi.
Sumber: Instagram/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Perlu ke kita kena ambil tahu hal minah bohsia ni? |
|
|
|
|
|
|
|
dah la senyapkan la
tutup isu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah banyak limelight & fame c SY ni dpt, x puas hti lgi ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok gambar ni macam ada iras pengacara 3R yg macam tomboi tu. Apa ntah nama dia tak ingat la |
|
|
|
|
|
|
|
EncikRhoma: Tengok gambar ni macam ada ira ... iya celina atau ngai yuen.. Siapa yg pakai spek mata tu? |
|
|
|
|
|
|
|
KEY MARK nyer betinaaa gilerrrrr
|
|
|
|
|
|
|
| |
|