|
Penyanyi era 1960-an, A. Halim meninggal dunia
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... im-meninggal-dunia/
Oleh RAJA JAAFAR ALI
9 Mei 2024, 2:02 pm
A. HALIM
JOHOR BAHRU – Penyanyi 60-an yang popular dengan lagu Salam Mesra dan Kisah Dan Tauladan, Datuk A. Halim menghembuskan nafas terakhir di Hospital Penawar, Pasir Gudang di sini hari ini.
A. Halim atau nama sebenar Halim Diah menghembus nafas terakhir pada usia 77 tahun kira-kira pukul 10.01 pagi.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri Fatimah Bahrin 75, enam anak, 24 cucu dan lima cicit.
Menurut anak kelima arwah, Hafidah Halim 41, sebelum bapanya dimasukkan ke hospital Penawar semalam, dia mula sesak nafas kerana kadungan gula dalam badan berkurangan.
“Asal kaki papa bengkak tiga hari sebelum raya dan ada jangkitan.
“Selepas menerima rawatan di hospital papa dibawa balik ke rumah saya di Mersing sebelum dimasukkan semula ke Hospital Penawar, Pasir Gudang,” katanya kepada pemberita di sini.
Menurut Hafidah, kata terakhir sebelum di hantar ke hospital ialah “papa dah penat sakit sangat”.
Sepanjang penglibatan Allahyarham dalam bidang seni sejak di zaman bujang lagi, dia berjaya menghasilkan puluhan lagu termasuk mengangotai kumpulan kugiran, antaranya adalah kumpulan De’ Fictions, kumpulan The Wanderers, dan kumpulan The Wisma.
Jenazah akan di bawa ke Masjid Al Falah untuk dimandi dan dikafankan serta solat jenazah sebelum di bawa ke Perkuburan Islam Cahaya Masai, Pasir Gudang di sini.-KOSMO! ONLINE.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|