CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2659|Reply: 0

Ali direhatkan, Mamu vokalis XPDC Militia

[Copy link]
Post time 12-5-2024 10:57 AM | Show all posts |Read mode
Mamu (kanan) menggantikan tempat Ali yang kini berdepan dengan masalah kesihatan.





KUALA LUMPUR: Kumpulan XPDC Militia yang terbabit dalam Loop Music Festival 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil, esok akan beraksi menggunakan khidmat penyanyi jemputan menggantikan tempat Ali yang mengalami masalah kesihatan.

Pemain bes, Eddie berkata, mereka bakal tampil bersama penyanyi Zul Fazli atau lebih dikenali sebagai Mamu untuk menghiburkan peminat.

Sebelum ini, Mamu pernah bersama bersama kumpulan Prime Domestic yang diketuai Jo Branko.

"Mamu adalah pilihan tepat untuk bersama XPDC Militia buat masa ini. Kami pun sudah saling mengenali dan mudah bekerjasama.

"Kami akur dalam keadaan Ali tak boleh dipaksa untuk menyanyi dan perlu berehat. Bahaya untuknya jika kami terus mendesaknya menyanyi.

"Dalam masa sama, kami susah nak bergerak jika keadaan ini terus berlarutan. Jadi, kami nak memperkenalkan Mamu sebagai penyanyi XPDC Militia sekarang," katanya kepada Harian Metro.

Selain Eddie dan Ali, kumpulan ini turut dianggotai Izo (gitar), dan Lola (dram).

Eddie berkata, mereka merehatkan Ali atas masalah kesihatan yang berlanjutan dan bukan bertujuan menamatkan karier nyanyiannya.

"Tiada langsung istilah 'bersarakan' Ali. Lagipun, Ali memang nak sangat menyanyi, tapi kami tak benarkan dan tak nak ambil risiko dengan keadaan kesihatannya sekarang.

"Kalau apa-apa berlaku semasa persembahan memang susah nanti. Dalam keadaan sekarang, penganjur pun tak yakin untuk panggil kami buat persembahan.

"Namun, mungkin kalau ada persembahan, kami akan bagi peluang Ali menyanyi satu atau dua lagu, manakala selebihnya dinyanyikan oleh Mamu," katanya.

XPDC Militia turut berjanji sekiranya ada persembahan, Ali tetap akan menerima sebahagian daripada bayarannya walaupun tidak beraksi.

Terdahulu, pada 18 April lalu, Ali dikejarkan ke wad kecemasan, Hospital Sultan Idris Shah, Serdang kerana mengalami sesak nafas di kediamannya di Bandar Baru Salak Tinggi.

Ali seterusnya tidak dapat melakukan pemeriksaan CT Scan (imbasan tomografi berkomputer) untuk masalah jantung bengkak pada 30 April lalu kerana keadaannya terlalu lemah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:11 PM GMT+8 , Processed in 0.808268 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list