View: 6474|Reply: 0
|
EPL: Ten Hag harap pengurusan ‘waras’
[Copy link]
|
|
LISANDRO Martinez kembali menyertai sesi latihan bersama United dan dijangka mampu diturunkan menentang Arsenal. - FB MANCHESTER UNITED
MANCHESTER – Pengurus Manchester United, Erik Ten Hag mengakui langsung tidak memikirkan mengenai masa depannya di Old Trafford biarpun isu pemecatannya kini menjadi bahan spekulasi hangat.
Walaupun dipalit kekalahan 0-4 kepada Crystal Palace, Selasa lalu, Ten Hag percaya pasukannya perlu segera melupakan duka tersebut sebaliknya menyiapkan diri sebaik mungkin untuk melayan kunjungan Arsenal di Old Trafford malam ini.
Untuk rekod, Louis van Gaal pernah dipecat walaupun memenangi Piala FA pada 2016, namun Ten Hag merasakan pemilik pasukan akan melihat ke arah alasan lebih rasional di sebalik prestasi keseluruhan United musim ini.
“Saya fikir mereka (pemilik) mempunyai pemikiran yang waras. Mereka boleh melihat apabila pasukan mempunyai 32 pemain berbeza di bahagian pertahanan selepas hilang lapan pemain utama.
“Apabila mereka melihat kami menggunakan 13 gandingan berbeza, ketiadaan pertahanan kiri dan beberapa lagi pemain yang cedera, mereka pasti tahu situasi ini akan beri impak kepada keputusan,” katanya.
Bagaimanapun, pentas final Piala FA menentang Manchester City di Stadium Wembley pada 25 Mei nanti dianggap sebagai detik penentu buat Ten Hag, sama ada akan terus kekal atau sebaliknya.
Namun, Ten Hag tetap mengakui tidak gembira dengan keputusan musim ini, tetapi mahu semua pihak bersikap realistik dan harus mengambil kira soal kecederaan.
Dalam masa sama, Ten Hag juga bertegas yang beliau tidak memerlukan undian awam untuk beri keyakinan buat ahli lembaga pengarah tentang spekulasi masa depannya.
Ketika ini, pengurus itu mampu tarik nafas lega kerana dua bintang utamanya, Bruno Fernandes dan Scott McTominay sudah pun kembali sertai latihan.
“Saya harap saya mendapatkan semula pemain dan sekarang sudah ada pemain (yang cedera) kembali ke latihan,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... p-pengurusan-waras/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|