View: 8406|Reply: 19
|
Orang suka kecam saya sebab mereka stres – Sharifah Sakinah
[Copy link]
|
|
APABILA sebut sahaja nama Sharifah Sakinah, pelbagai kontroversi bermain di benak fikiran terkait pelakon dan pengacara itu.
Tidak mengira sama ada kenyataan berunsur sarkastik, berpakaian seksi, memegang anjing dan bermacam isu panas lain .
Itu semua bagaimanapun tidak ‘mematikan’ wanita yang mesra disapa sebagai Sakinah. Baginya, itu semua adalah sepak terajang bergelar anak seni.
Sebagai individu yang sentiasa menjadi sasaran umum, Sakinah mengakui tidak dapat lari daripada menerima kecaman dan kritikan khususnya dalam media sosial.
“Sesekali apa yang dikongsikan di media sosial memang mendapat perhatian. Saya akui dan terima perkara itu kerana semua orang ada pandangan masing-masing.
“Apabila perkara itu berlaku, saya akan menjelaskan kepada keluarga. Lagi pula kita kena faham bahawa orang ramai sekarang banyak yang tertekan.
“Jadi, cara mudah untuk menyalurkan kemarahan mereka itu ialah dengan cara mengeluarkan kenyataan di media sosial,” katanya kepada HibGlam, baru-baru ini.
Tidak menafikan kenyataan ‘pedas’ itu sedikit sebanyak mencuit hati kecilnya, namun Sakinah lebih senang memilih untuk tidak membuat sebarang kenyataan balas.
“Bila kita lihat komen yang diberikan, pengikut ini juga mempunyai karakter mereka tersendiri. Sama seperti berlakon, setiap individu ada personaliti dan watak masing-masing.
“Sebahagian mereka menyokong, ada yang mengkritik dan ada pula yang memberi nasihat.
“Bagi saya respons terbaik adalah tidak memberi respons. Diamkan diri. Jika saya ada berbuat salah, saya akan mohon maaf.
“Apabila ada saja komen negatif, saya tidak boleh mengatakan mereka itu berfikiran kuno atau tidak satu kepala dengan saya. Ini kerana saya tidak dibesarkan dengan begitu,” katanya.
Biarpun kelihatan utuh dikecam, namun Sakinah pernah merehatkan diri daripada menggunakan media sosial. Sekitar beberapa tahun lalu ketika usianya 30 tahun, dia mengambil pendekatan mendapatkan rawatan kesihatan mental secara profesional.
Setelah tiga tahun ‘berpuasa’ daripada media sosial, Sakinah perlahan-lahan mula aktif semula sehinggalah dia kini sudah mencecah umur 35 tahun.
“Waktu itu saya memang merehatkan diri sekejap dan mendapatan rawatan psikiatri selain membaca banyak buku yang banyak memberi inspirasi. Kemudian perlahan-lahan saya kembali aktif di media sosial.
“Saya menggunakan media sosial bukan untuk mengutuk atau mencari perhatian. Tetapi, saya berusaha memberikan inspirasi kepada orang lain dan cuba untuk memberikan kesedaran kepada kesihatan mental.
“Saya juga kena sedar bahawa setiap kandungan yang dikongsikan ada impaknya kerana apa sahaja yang dikongsikan tentu akan diperkatakan,” jelas ibu anak satu itu.
Terus rancak bercerita tentang media sosial, Sakinah memberitahu, dia berasa kecewa dengan tahap kandungan digital masa kini yang dianggap menjurus ke arah negatif.
Bukan bersikap ‘tunjuk pandai’, Sakinah bagaimanapun percaya kandungan berunsurkan kisah peribadi atau mampu mencetuskan kemarahan pasti akan mendapat perhatian.
Tidak menuding jari kepada sesiapa, Sakinah akui hal itu sememangnya menjadi sifat lahiriah terutama di gelanggang media sosial.
Menurutnya, pengguna media sosial juga perlu tahu bagaimana hendak membuat pilihan kandungan digital agar tidak terlalu terpengaruh.
“Kita sendiri yang tentukan apa yang ingin ditonton. Jika kita suka menonton drama tentang masalah rumah tangga, maka kita akan tertarik dan terikut-ikut emosi melibatkan perkara sebegitu.
Sumber : Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
Huduhnya muka minah sewel ni. Dh mcm kambing jamnapari dh skrg. Akibat sewel xpernah2 sihat. |
|
|
|
|
|
|
|
Lakonan minah tingtong ni aku suka. Mmg menjadi watak giler2 dia. Dr. Pontianak tu best. |
|
|
|
|
|
|
|
Yg ni aku setuju.
Contoh aku masuk porom & bg retarded komen.
So very therapeutic.
Less hassle & drugs free |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha, same iolls mcm tu jugeh
|
|
|
|
|
|
|
|
Itulah dia. Susah jadi netizen nih, bila teramek peduli salah, bila tak amek peduli block semua bagai, pun salah |
|
|
|
|
|
|
|
Dia camni kinah... Netizen ni sebenarnya selek. Kitorang majority memandang paras rupa sama seperti tok a.aida. Kinah berlakon ok je tapi itulah muka tak secomel hannah delisha so mmg kalo kinah bernafas pon dikecam. Itu blom pakai yoga attire & swimming suit lagi. Mmg double triple kecaman yachh. So, bertabah je la. Kitonyo selek. |
|
|
|
|
|
|
|
Ko tu yg stress. Ubat sweden habis cari ubat lain pulak.
|
|
|
|
|
|
|
|
cik ponti ednaaaa
i loikeee |
|
|
|
|
|
|
|
Stress aku baca jawapan bela diri Kinah. |
|
|
|
|
|
|
|
takde kontroversi baru ke kinah??? iollss bosan ni |
|
|
|
|
|
|
|
ye la ye la
netijem je yg salah semuaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
ambik la semua edna oiii..netizen xnak gaduh dgn antu spital mcm edna |
|
|
|
|
|
|
|
Aku stress tahap kebimboan ko kinah.baca statement ko nk normalisasikan org bercerai.sampai suh org pegi overseas tgk sendiri.ko dah kenapa
|
|
|
|
|
|
|
|
Sakinah ni lawa,iols suka tengok dia |
|
|
|
|
|
|
|
Memula tgk gmbr ingtkn shamsul yusuf...kinah rupanya |
|
|
|
|
|
|
|
so so je lakonan xde la wow..muka pun sama |
|
|
|
|
|
|
| |
|