Edited by stingerkentot at 18-5-2024 06:59 AM
Sejak beberapa hari lalu, gerakan memboikot selebriti yang menyokong atau menjalinkan kerjasama dengan produk-produk yang terkait dengan Israel tular di Hollywood, di mana ramai nama-nama besar di sana mula kehilangan pengikut di platform media sosial.
Kejayaan gerakan Blockout2024 itu ternyata mencetuskan inspirasi buat rakyat Malaysia untuk melakukan perkara yan sama kepada nama-nama popular di Malaysia yang masih tanpa segan-silu mempromosikan jenama-jenama yang diketahui ramai menyumbang kewangan kepada Zionis yang tidak henti-henti membedil bumi Palestin.
Melihat kepada senarai nama yang kini rancak di kongsi di pelbagai platfrom digital, pasti ramai yang mengeluh dan kecewa kerana senarainya panjang. Antara nama-nama yang tersenarai ialah Scha Alyahya, Awal Ashaari, Meerqeen, Nadhir Nasar, Eyka Farhana, Neelofa dan Sheila Rusly.
Dalam banyak-banyak nama ini, hanya Nadhir Nasar yang tampil memberi respon terhadap satu ciapan yang dibuat oleh salah seorang pengguna aplikasi X.
Jelas Nadhir, dia mengambil serius dengan isu sosial dan komited untuk memastikan jenama yang berkolaborasi dengannya berkongsi nilai dan prinsip yang sama dengan diri, malah kerjasama yang terjalin berlaku setahun lalu, di mana ketika dia percaya jenama terbabit boleh membantu dia terbang lebih tinggi.
“Adalah penting untuk menjelaskan bahawa keputusan saya untuk bekerjasama dengan telah dibuat lebih setahun yang lalu dan ia berdasarkan keadaan ketika itu..
Keputusan saya untuk bekerjasama dengan jenama-jenama terbabit pada masa itu adalah berdasarkan komitmen mereka untuk memupuk kreativiti dan menyokong artis seperti saya.
“Walaupun saya memahami dan menghormati kebimbangan yang telah dikemukakan adalah penting untuk saya meneruskan komitmen kontrak saya. Jika ingin menamatkan kontrak lebih awal, ia boleh membuatkan dia dikenakan penalti kewangan atau disaman oleh pihak terbabit,” tulis Nadhir.
Sementara itu, personaliti, Wardina Safiyyah juga lantang bersuara tentang gerakan ini. Dalam satu hantaran di akaun Instagramnya, dia menyeru agar ramai yang mula membuka mata dan memastikan golongan ternama ini diabaikan kerana tiada rasa simpati dan gagal menggunakan akaun media sosial masing-masing untuk menyebarkan kekejaman Israel.
“Ini berlaku (Blockout2024) untuk artis luar negara dan tempatan. Mereka memerlukan anda untuk ‘menyembah’ mereka. Kami / anda tidak memerlukannya.
“Perkongsian tentang betapa kayanya mereka dan betapa hebatnya kehidupan mereka tidak menarik perhatian kami. Sekurang-kurangnya kongsilah satu (tentang Palestin), tolonglah.
“Saya tidak kisah tentang pakaian anda! Saya tidak kisah tentang kereta anda. Saya tidak kisah tentang penjagaan kulit anda atau rutin penjagaan kulit anda. Saya tidak kisah tentang rumah anda.
“Saya tidak kisah tentang kehidupan peribadi anda. Kita sepatutnya tidak peduli! Ada perkara lain yang lebih penting dalam hidup. Kita berada dalam salah satu masa yang paling sukar dan mencabar dalam sejarah!,” tulis Wardina.
Jadi bagaimana pula dengan pendapat anda? Perlu atau tidak kita memboikot golongan artis yang masih selesa berkerjasama dengan ‘puak-puak’ penyokong Israel?
Kalau ada yang masih tidak faham bagaimana gerakan Blockout2024 ini berfungsi, mungkin anda boleh mendengar penjelasan daripada Reina Lum ini.
|