View: 11054|Reply: 0
|
Verstappen juarai GP Emilia
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN menjulang trofi GP Emilia Romagna di Imola.
Imola, Itali: Juara dunia tiga kali Max Verstappen kembali ke landasan kemenangan selepas mengatasi cabaran sengit Lando Norris untuk membolehkan Red Bull menjuarai Grand Prix (GP) Emilia Romagna semalam.
Selepas tewas di Miami menyaksikan Norris yang juga rakan baiknya meraih kemenangan sulung untuk McLaren, pemandu Belanda itu kali ini mencatat 0.725 saat di depan jaguh Britain itu yang terus mencabar sehingga pusingan terakhir.
Charles Leclerc menduduki tangga ketiga bersama Ferrari mengatasi Oscar Piastri (McLaren), diikuti Carlos Sainz (Ferrari) dan juara dunia tujuh kali Lewis Hamilton dan rakan sepasukan Mercedes George Russell.
Kemenangan Verstappen semalam adalah yang ketiga di Imola, kelima musim ini dan 59 keseluruhan dalam kariernya sekali gus melonjak 48 mata di depan Leclerc dalam carta pemandu.
"Perlumbaan kami sangat baik berdasarkan permulaannya dan saya terpaksa bekerja keras untuk itu," kata Verstappen. "Saya berusaha sehingga saat akhir untuk mencipta ruang.
"Saya berasa agak kuat di pertengahan tetapi pada 15 pusingan terakhir saya hilang cengkaman. Saya dapat melihatnya di belakang tetapi akhirnya saya sangat gembira menang di sini."
Verstappen kini menang lima daripada tujuh perlumbaan musim ini dan menghampiri gelaran dunia keempat manakala pada tahun lalu pelumba Belanda itu menang 19 daripada 22 perlumbaan.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... en-juarai-gp-emilia |
|
|
|
|
|
|
| |
|