View: 7329|Reply: 0
|
Verstappen buru rekod petak utama kesembilan di Monaco
[Copy link]
|
|
VERSTAPPEN memburu rekod sembilan petak utama berturut-turut di GP Monaco, hujung minggu ini. FOTO FB MAX VERSTAPPEN
Monte Carlo: Seminggu selepas muncul juara dengan kelebihan tidak sampai sesaat di Imola, Max Verstappen semakin bersemangat untuk meneruskan rekod lapan kedudukan petak utama di Grand Prix (GP) Monaco.
Juara dunia tiga kali dan pendahulu keseluruhan musim ini mengatasi dua hari mengecewakan ketika latihan untuk meraih petak utama di GP Emilia Romagna, sekali gus menyamai rekod dicipta mendiang Ayrton Senna.
Situasi itu memberikannya kelebihan untuk menghadiahkan kemenangan kepada Red Bull hanya 0.725 saat (s) di depan Lando Norris dari McLaren, yang muncul juara di Miami dan meneruskan rentak cemerlang di Itali.
Verstappen sedar dia dicabar hebat dalam setiap perlumbaan sekarang dan perlu memanfaatkan setiap kelebihan, Sabtu ini pada laluan sempit dan banyak penghadang di jalanan di bandar Mediterranean apabila kelayakan memberi kesan ketara berbanding lokasi lain dalam kalendar Formula Satu (F1).
"Ia cukup unik dan berbeza sepenuhnya," kata Verstappen.
"Jurang sangat hampir di Imola dan di Monaco pula, selalunya sangat sibuk. Anda perlu menyerlah di pusingan kelayakan untuk mendapat kelebihan, pastikan tayar berfungsi dan ia sentiasa rumit.
"Monaco sangat istimewa dengan cabaran sangat berbeza dan menarik."
Satu lagi petak utama akan memastikan Verstappen mencipta rekod sembilan petak utama berturut-turut, termasuk sekali di Abu Dhabi pada tahun lalu dan lapan kali pada musim ini.
Verstappen memburu untuk mengulangi kejayaan pada musim lalu apabila Red Bull menang tiga perlumbaan terakhir iaitu dua kali miliknya dan sekali milik rakan sepasukan, Sergio Perez pada 2022.
Bagaimanapun, mereka memulakan hujung minggu ini dengan kerisauan betapa dominasi mudah mereka bakal berakhir.
Pencabar dari McLaren dan Ferrari semakin menghampiri terutama Charles Leclerc mendakwa dia yakin 'scarlet scuderia' akan lebih gagah di trek di bandar kelahirannya itu dan dia menaiki bas sekolah yang menggunakan laluan sama satu ketika dahulu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... esembilan-di-monaco |
|
|
|
|
|
|
| |
|