CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8216|Reply: 0

Sancho sedia tebus kegagalan di Wembley

[Copy link]
Post time 29-5-2024 11:57 AM | Show all posts |Read mode

Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho (kiri) ketika sesi latihan menjelang final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid di Stadium Wembley, London awal pagi Ahad ini. – Foto REUTERS

DORTMUND, Jerman: Jadon Sancho mengintai peluang untuk menebus kesilapan sekembalinya ke England bersama Borussia Dortmund pada final Liga Juara-Juara menentang Real Madrid awal pagi Ahad ini.

Perlawanan akhir itu memberi peluang kepada Sancho untuk membuktikan tempoh kekecewaannya bersama Manchester United adalah disebabkan kelab itu tidak berfungsi, bukannya disebabkan kegagalan peribadinya.

Sancho kembali ke Dortmund pada Januari lalu, kelab yang mana dia mencipta nama sebagai pemain remaja sekali gus membolehkannya berpindah dengan bayaran mahal ke United pada 2021.

Pemain berusia 24 tahun itu memukau ketika tempoh pinjaman selama enam bulan, terutamanya dalam Liga Juara-Juara, yang mana dia membantu Dortmund layak ke final buat kali ketiga dalam sejarah kelab itu.


Jika dia boleh melakukannya di gelanggang kekalahan final Euro 2021 di tangan Itali, yang mana Sancho dikritik kerana gagal menyempurnakan penalti ketika penentuan penalti, hanya akan menjadikannya lebih manis buat pemain sayap itu, yang sekali lagi diketepikan daripada skuad England bulan ini.

Sancho menyertai Dortmund pada usia 17 tahun dari akademi Manchester City pada 2017, satu tindakan berani pemain remaja itu pada masa pemain England jarang sekali meninggalkan negara mereka.

Perpindahannya bukan hanya mencetus trend bakat England berpindah ke luar negara, dia muncul komponen serangan penting dalam pasukan Dortmund.

Dalam tempoh empat tahun di Westfalenstadion, Sancho menyumbat 50 gol dan mencipta 64 lagi umpanan gol dalam 137 perlawanan.



Pemain Borussia Dortmund, Jadon Sancho (kiri) bersama rakan sepasukan Karim Adeyemi dan Nico Schlotterbeck pada sesi latihan pasukan di Dortmund semalam. – Foto REUTERS

Dia memenangi Piala Jerman 2021 sejurus sebelum menyertai United dengan harga 85 juta euro (RM433 juta).

Di Old Trafford, Sancho menjaringkan hanya 12 gol dalam 82 penampilan. Dia bertelagah dengan pengurus Erik ten Hag awal musim ini dan kembali ke Dortmund Januari lalu sesudah tidak beraksi sejak September.

Pengarah sukan Dortmund, Sebastian Kehl, yang memainkan peranan penting membawa semula Sancho ke kelab itu berkata, pemain Inggeris itu membuktikan keazamannya ketika tempoh ujian.

"Ia bukannya satu situasi mudah pada Januari lalu untuk membawa semula Jadon ke Dortmund," kata Kehl kelmarin.

"Tetapi kami sedar Jadon mempunyai kemahiran untuk beraksi cemerlang, untuk menjadi penentu dan membawa kami ke satu tahap lagi.

"Jadon seorang individu yang hebat, seorang pemain hebat dan pengalaman yang diraihnya di Manchester membantunya untuk beraksi cemerlang sekarang.

"Dia akan menjadi pemain penting buat kami Sabtu ini (awal pagi Ahad). Dia akan menunjukkan kepada dunia Jadon Sancho benar-benar sudah kembali." – AFP

https://www.bharian.com.my/sukan ... egagalan-di-wembley
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.052000 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list