CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8158|Reply: 0

Chelsea setuju lantik Maresca

[Copy link]
Post time 29-5-2024 11:59 AM | Show all posts |Read mode

Enzo Maresca (kanan) ketika menjadi pembantu Pep Guardiola di Manchester City. Chelsea dilaporkan bersetuju untuk mengikat Maresca selama lima tahun. – Foto REUTERS

LONDON: Enzo Maresca bersetuju untuk menjadi pengurus baharu Chelsea, menurut laporan.

Pengendali berusia 44 tahun itu menggantikan Mauricio Pochettino, yang meninggalkan kelab barat London itu secara persetujuan bersama minggu lalu.

Chelsea mempertimbangkan nama seperti Kieran McKenna, Roberto De Zerbi dan Thomas Frank bagi memenuhi kekosongan itu.

Bagaimanapun, Maresca muncul sebagai pilihan utama sepanjang hujung minggu lalu susulan kejayaannya bersama Leicester City.

The Blues akan membayar Leicester wang pampasan £10 juta (RM59.9 juta) bagi melengkapkan perjanjian itu secara rasmi.

Difahamkan Maresca akan menandatangani kontrak selama lima tahun - dengan pilihan bagi lanjutan setahun lagi hingga 2030 - sebelum turun melatih skuad baharunya.

Pengendali dari Itali itu mengambil alih di Stadium King Power musim panas lalu dan mengemudi Leicester kembali ke Liga Perdana Inggeris selepas setahun beraksi di Liga Kejuaraan.

Beliau menang 31 daripada 46 perlawanan Liga Kejuaraan dalam musim tunggalnya bersama The Foxes.

Sebelum menyertai Leicester, Maresca bekerja di Manchester City sebagai pembantu Pep Guardiola.

Beliau memainkan peranan penting mengemudi Sky Blues merangkul kejuaraan treble bersejarah. – AGENSI
https://www.bharian.com.my/sukan ... tuju-lantik-maresca
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.383759 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list